• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inisiatif Kerajaan Bantu Lonjak Malaysia Atasi Thailand Sebagai Pasaran Automotif Kedua Terbesar Asean!

Inisiatif Kerajaan Bantu Lonjak Malaysia Atasi Thailand Sebagai Pasaran Automotif Kedua Terbesar Asean!

May 17, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA mengatasi Thailand untuk menjadi pasaran kenderaan kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia, sekali gus memberikan perubahan besar dalam persaingan automotif Asia.

Berdasarkan data jualan keseluruhan industri (TIV) ketiga-tiga negara, angka jualan Malaysia melonjak naik tiga suku tahunan berturut-turut sepanjang Januari-Mac 2024.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan meningkat lima peratus daripada tahun sebelumnya kepada 202,245 unit. Peningkatan 11 peratus pada 2023 melonjakkan lagi rekod jualan 799,731 unit.

Inisiatif pengecualian cukai jualan diberikan Kerajaan kepada Perodua dan Proton menjadi antara faktor lonjakan jualan yang membolehkan kedua-dua jenama nasional itu memegang 60 peratus bahagian pasaran.

Berbeza Thailand dan Indonesia, kedua-dua negara itu mengalami kemerosotan jualan kenderaan 25 peratus dan 24 peratus pada suku pertama 2024 berbanding tahun lalu.

Di Thailand, kemerosotan jualan berlaku disebabkan peningkatan pinjaman kenderaan tidak berbayar dan hutang umum yang tidak stabil, manakala di Indonesia peningkatan kadar faedah tinggi adalah faktor penurunan jualan di republik itu.

SUMBER: Bernama | Nikkei Asia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Malaysia kedudukan kedua pasaran automotif di Asean, Pasaran Automotif Asean, Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev