• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bakar Lamborghini Gallardo Sebab Tak Puas Hati Isu Komisen

Bakar Lamborghini Gallardo Sebab Tak Puas Hati Isu Komisen

April 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG jurujual kenderaan terpakai di India dituduh membakar sebuah Lamborghini Gallardo Spyder disebabkan tidak puas hati dengan isu komisen dengan rakan sekerja.

Insiden berlaku di Pahadi Shareef,  Hyderabad pada Sabtu lalu (13 April). Satu video tular di media sosial menunjukkan supercar Itali berwarna kuning itu terbakar di tepi sebatang jalan. Bagaimanapun, belum ada perincian rasmi dikongsi bagaimana kereta itu boleh terbakar.

A Lamborghini car reportedly worth over ₹3 crore was allegedly set on fire by unidentified persons, in Pahadishareef, Hyderabad on Saturday, over some financial issues.#Hyderabad #CarFire #SportsCar #fire pic.twitter.com/JBF5rLMtUT

— Surya Reddy (@jsuryareddy) April 15, 2024

Seorang lelaki bernama Neeraj yang dikatakan pemilik Lamborghini itu memfailkan aduan tentang kebakaran tersebut kepada polis tempatan, lapor portal The Times of India.

Neeraj, yang juga jurujual kenderaan, mendakwa bertemu Ahmed, iaitu individu yang dituduh membakar Lamborghini tersebut selepas mereka gagal menyelesaikan pertikaian komisen.

Menurut polis, pertikaian kedua-dua lelaki itu ada kaitan isu pembahagian komisen daripada jualan kenderaan lain sebelum ini. Usaha mencari penyelesaian gagal dan bertukar buruk hingga menyebabkan Lamborghini tersebut dibakar.

Bomba yang tiba di lokasi kebakaran gagal menyelamatkan kereta tersebut yang dilaporkan hangus sepenuhnya. Suspek yang membakar kereta itu kini masih diburu polis.

SUMBER: CarScoops | TOI 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, jurujual bakar kereta lamborghini, Lamborghini Gallardo Spyder, Roda4, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev