RAPID Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) mengesahkan insiden kebakaran membabitkan sebuah bas berlaku pada pagi tadi berhampiran hentian bas Komersial Taman Seputeh kira-kira jam 8.00 pagi.
Bas terlibat ialah Rapid KL laluan 640. Semasa kejadian, Kapten Bas mengambil keputusan pantas memberhentikan bas dan menurunkan penumpang sebagai langkah keselamatan sebaik terlihat asap dari bahagian belakang bas.
Ketika kejadian, ada tujuh penumpang berada di dalam bas tersebut.
Pihak bomba dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 8.16 pagi. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan kenderaan membawa balik (kembalik) dihubungi untuk membantu menunda bas berkenaan.
Penumpang dan Kapten Bas dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang terjejas akibat kejadian tersebut dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak bomba dan polis untuk menjalankan siasatan penuh.
Leave a Reply