• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Grom 2024 dari Thailand Masuk Jepun dengan Panel Badan Baharu, Harga Mula RM12.4k

Honda Grom 2024 dari Thailand Masuk Jepun dengan Panel Badan Baharu, Harga Mula RM12.4k

March 12, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Grom
dilancarkan sejak 2014 dan sudah beberapa kali dinaik taraf. Seperkara menarik, setiap kali Honda menukar panel badan (cover set), tema dibawa ibarat seorang individu bertukar fesyen.

Tengoklah Grom awal dulu hingga model 2023 untuk memahami maksud saya.

Terbaharu, Honda Grom 2024 diperkenalkan di Jepun dan kali ini membawa gaya matang. Perumah lampu, fairing badan dan sisi ditukar yang bukan saja tampak matang, tetapi juga sedikit retro. Mungkin juga disebabkan dua warna, Pearl Horizon White dan Matte Gunpowder Black Metallic yang menyerlahkan pengaruh tersebut.

Panel meter digital sama seperti sebelum ini yang turut memaparkan posisi gear dan rev (rpm) enjin. Berikut spesifikasi Honda Grom 2024:

  • Dijana enjinJC92E 4-lejang silinder tunggal 123cc OHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 10hp @ 7,250rpm dan tork 11Nm @ 6,000rpm.
  • Transmisi klac manual 5-kelajuan.
  • Kapasiti tangki petrol 6 liter.
  • Memiliki dimensi panjang 1,760mm, lebar 720mm dan tinggi 1,015mm dengan jarak tinggi bumi 180mm dan tinggi pelana 761mm.
  •  Berat kerb 103kg.
  • Saiz tayar 120/70-12 51L di depan, dan 130/70-12 56L (belakang).
  • Dipasangkan brek cakera pada kedua-dua roda, dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan.

Selain rekabentuk, populariti Honda Grom atau MSX turut dipengaruhi kemeriahan ubah suai dan aksesori. Honda tidak ketinggalan menawarkan sejumlah aksesori yang menjadikan motosikal itu ala model kembara.

Aksesori tulen Honda MSX 2024 Jepun:

  • Gad tangan
  • Pelindung meter
  • Kowl bawah enjin
  • Pemegang (carrier) belakang
  • Beg sisi
  • Beg kerusi
  • Soket USB Type-C

Honda mensasarkan menjual 4,000 unit Grom 2024 setahun di Jepun yang mana model dari kilang Thailand itu ditawarkan pada harga 390,500 yen (RM12,420).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Grom, Honda Grom 2024, Honda Motor Japan, Honda MSX, mini bike, Motosikal Mini, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my