• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Tayang Video Rai 67 Tahun Bikin Kereta Polis Amerika

Ford Tayang Video Rai 67 Tahun Bikin Kereta Polis Amerika

April 21, 2017 By Han Othman Leave a Comment

181
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD sudah membina kereta polis di Amerika Syarikat (AS) sejak 1950-an. Bermula dengan Ford Mainline (1950) sehinggalah model terbaru, Ford Police Responder Hybrid Sedan (2018). Dalam erti kata lain, Ford mendominasi segmen kenderaan pihak berkuasa di AS yang sudah tentu  memerlukan kereta yang berkuasa tinggi dan reliabel.

Jadi, sempena meraikan fakta itu, Ford menyiarkan video yang menunjukkan perkembangan kenderaan polis di bawah jenama pengeluar itu sepanjang 67 tahun lalu.

67 TAHUN BANGUNKAN KERETA POLIS

Pada 1971, Ford memperkenalkan Galaxie dengan enjin 7.0L V8 untuk Peronda Lebuhraya California dan Jabatan Polis New York (NYPD). Pada 1982, Ford mengeluarkan model Mustang SSP berkapasiti 5.0L V8 yang dilengkapkan stabiliser tugasan berat dan brek cakera depan sebagai penambahbaikan aspek pengendalian ketika memecut laju.

Setahun kemudian, Ford melancarkan pula Crown Victoria (1983) sebelum digantikan P71 Police Interceptor (1998) yang dipadukan enjin 4.6L V8, Crown Victoria Police Interceptor dibina dengan prestasi tanggi yang mampu memecut sepantas roket. Menamatkan kitaran hidup model itu ialah Crown Victoria P7B Police Interceptor (2011) dengan enjin 250hp. Kemudian, Ford merasakan perlu untuk maju ke depan lagi.

MODEL CROWN JADI IKON

kereta polis-Crown-Victoria-P71-1998
kereta-polis-ford-interceptor

Pada 2013, Ford memperkenalkan Interceptor dan Interceptor Utility. Kedua-dua kereta itu menggunakan enjin pengecajturbo-berkembar V6 dan sistem pacuan semua roda (AWD). Ciri hebat lain tentang Ford Interceptor ialah kereta itu mampu menahan impak belakang sekuat 121kmj, yang sudah bermula sejak model Crown Victoria P71 (1998).

Video di bawah ini ditamatkan dengan kemunculan Ford Police Responder Hybrid (2018). Dikuasakan enjin 2.0L 4-silinder dan bateri 1.4kW litium ion, menurut Ford model ini ialah kereta peronda hibrid pertama dalam sejarah. Responder ini juga dapat mengenal pasti jika si pemandu sedang dalam mod mengejar sebelum mengaktifkan kuasa bateri dan enjin untuk menghasilkan prestasi optimum.

Patutlah kereta-kereta perompak jarang menang dengan kereta polis Ford. Memang power pun!

SUMBER: The Drive

Related

181
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Jabatan Polis New York (NYPD), kereta polis, kereta polis Ford, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev