• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Guna Logo H Baharu, Khusus Untuk EV, Rekaan Seperti Logo Klasik

Honda Guna Logo H Baharu, Khusus Untuk EV, Rekaan Seperti Logo Klasik

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SEPERTI yang penah kami laporkan sebelum ini, Honda memperkenalkan O Series iaitu siri kenderaan elektrik (EV) dunia yang bakal dilancar pada 2026.

Dua model konsep turut diperkenal iaitu Saloon dan Space-Hub. Versi produksi Saloon akan diperkenal terlebih dahulu di Amerika Utara pada 2026 dan disusuli Jepun Asia, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Selain dua model tersebut, Honda juga memperkenalkan logo H baharu yang akan digunakan pada kenderaan elektrifikasi generasi baharu.

Logo H baharu

Seperti biasa, logo sesebuah pengeluar berubah dari semasa ke semasa dan logo H yang digunakan sekarang mempunyai sejarah panjang atau sejak 1981 lagi.

Walaupun baharu, logo H untuk EV generasi baharu seakan logo model klasik Honda. Sebelum logo ini diperkenal, Honda terlebih dahulu menggunakan ejaan baharu seperti yang digunakan EV Prologue.

Honda merekabentuk logo baharu bagi menzahirkan kesungguhan syarikat dalam menjalani transformasi bersejarah dan keupayaan untuk mengejar cabaran dan pencapaian baharu.

Logo tersebut melambangkan dua tangan berdepa yang mewakili komitmen Honda dalam mengembangkan potensi pengangkutan dan terus memenuhi keperluan pelanggan.

Selain logo H baharu, Honda turut memperkenalkan logo Siri Honda O.

Siri Honda O

Siri kenderaan O mewakili pendekatan baharu dalam pembangunan kenderaan elektrifikasi dan digariskan tiga prinsip utama iaitu Thin, Light dan Wise.

Secara asasnya, siri ini adalah simbol kepada langkah baharu yang berani dan pendekatan baharu dalam rekabentuk dan kejuruteraan atau bermula dari awal.

Prinsip tersebut akan diterjemah pada bahagian utama seperti pelantar EV yang nipis (thin) dengan lantai yang rendah untuk prestasi aerodinamik dan produk pengangkutan berpandukan perisian untuk pengalaman bijak (wiser) dan pintar oleh pengguna.

Honda juga akan terus menggunakan falsafah man maximum/machine minimum atau M/M yang dipegang sejak sekian lama.

Honda Saloon

 

  • Model perdana Siri Honda O.
  • Dibangunkan dari pelantar EV khusus dan membawa falsafah M/M melalui rekaan luar yang rendah dan lebar serta bahagian dalam yang luas.
  • Penggunaan bahan lestari pada bahagian luar dan dalam.
  • Pengenalan sistem steer-by-wire baharu dan sistem pengurusan kawalan pergerakan.

Honda Space-Hub

  • Dibangunkan mengikut tema 'augmenting people's daily lives.'
  • Tampil dengan kabin luas dan jarak pandangan yang cemerlang berdasarkan pendekatan pembangunan Thin, Light dan Wise.
  • Ruang anjal untuk pelbagai jenis penumpang dan juga hab bagi menghubungkan sesama manusia dan dunia luar.

Logo Honda

Honda Space-Hub:

Honda Saloon:

Honda 0 Series:

Model klasik Honda:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV, Honda, Honda 0 Series, Honda Saloon, Honda Space-Hub, Logo Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my