• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 'Bulatan Turbo' Bantu Pertingkat Keselamatan Pengguna di Kawasan Bulatan

'Bulatan Turbo' Bantu Pertingkat Keselamatan Pengguna di Kawasan Bulatan

January 8, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGGUNA di California, Amerika Syarikat (AS) menerima Bulatan Turbo (Turbo Roundabout), iaitu sistem kawalan trafik inovatif yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.

Kemudahan itu menelan belanja AS$14.9 juta (RM69.3 juta), dan dibangunkan di persimpangan San Benito Routes 25 dan 156 di California. Itu adalah Bulatan Turbo kedua di AS selepas kemudahan pertama dibina di Jacksonville, Florida pada 2022.

APAKAH TURBO ROUNDABOUT?

  • Mula diperkenalkan di Belanda pada 1996.
  • Istilah 'turbo' bukan merujuk kepada aspek kelajuan, tetapi menggambarkan rekabentuk lingkaran atau geometri spiral seperti komponen turbo dalam kenderaan.
  • Memiliki rekabentuk berbeza berbanding bulatan multi-laluan biasa kerana dilengkapi pengadang jalan yang bertujuan menghalang pengguna menukar lorong ketika memandu dalam kawasan bulatan.
  • Laluan menghala ke bulatan itu direka untuk mengasingkan pemandu ke lorong masing-masing sebelum tiba di persimpangan.
  • Sebaik saja berada di kawasan bulatan, lorong dengan pengadang jalan akan mengasingkan pemandu atau penunggang di laluan masing-masing sebelum keluar dari kawasan bulatan.

MANFAAT BULATAN TURBO

  • Mampu mengurangkan kemalangan dan kecederaan jalan raya di kawasan persimpangan.
  • Mempercepat aliran trafik mengikut lorong dalam kawasan bulatan.

VIDEO FUNGSI BULATAN TURBO

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, bulatan turbo, Isu Keselamatan Jalan Raya, kemudahan jalan raya, Roda4, turbo roundabout

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my