• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kos Jalan 'Glow in The Dark' Hampir 20 Kali Ganda Lebih Mahal

Kos Jalan 'Glow in The Dark' Hampir 20 Kali Ganda Lebih Mahal

January 8, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menjelaskan memang wujud keperluan menggunakan cat garisan jalan glow in the dark di Lebuh Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik).

Bagaimanapun, perkara itu melibatakan kos sangat mahal, iaitu sehingga hampir 20 kali ganda berbanding kaedah konvensional yang digunakan ketika ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya sudah melakukan kajian berhubung perkara tersebut. Beliau berkata;

Saya sendiri sudah melakukan lawatan ke Hulu Langat, November lalu, dan ia (garisan jalan bercahaya dalam gelap) nampak bagus, selain maklum balas daripada pengguna juga positif.

"Namun, kosnya sangat mahal berbanding kaedah yang kita gunakan sekarang. Kos pemasangan garisan jalan bercahaya dalam gelap adalah RM749 bagi setiap meter persegi berbanding kaedah konvensional menggunakan cat yang hanya RM40 bagi setiap meter persegi."

Alexander menjelaskan, pihaknya perlu melakukan kajian lanjut secara menyeluruh terlebih dahulu termasuk meneliti aspek kewangan.

Beliau berkata lagi;

Memang ada keperluan di lebuh raya berkenaan, namun perlu melihat dari segi kewangan juga. Jika menggunakan kaedah yang memerlukan kos tinggi, mungkin hanya boleh membabitkan jarak dekat dan ia masih mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya."

Garisan jalan glow in the dark pertama di Jalan Sungai Lalang, Hulu Langat di Selangor ialah projek perintis Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat. Malah jalan itu juga dilengkapi kemudahan pantulan cahaya pada bahagian pembahagi jalan.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, glow in the dark, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat, Jalan 'Glow In The Dark', Kementerian Kerja Raya (KKR), Lebuh Raya Timur-Barat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?
    #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev