• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Michelin dan Alpine Bangunkan 3 Tayar 19 Inci Untuk EV Kompak A290, EV Perlu Tayar Khas!

Michelin dan Alpine Bangunkan 3 Tayar 19 Inci Untuk EV Kompak A290, EV Perlu Tayar Khas!

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

TAHUKAH ANDA? Proses pemilihan tayar semasa pembangunan sesebuah model kereta merupakan perkara yang begitu penting.

Jurutera menghabiskan banyak masa bagi membuat pemilihan atau di dalam sesetengah kes, membangunkan tayar baharu bersama pengeluar tayar.

Dengan lonjakan kenderaan elektrik (EV) hari ini, anda juga boleh perhatikan set yang digunakan kerana tayar EV perlu menampung beban tinggi selain kelajuan spontan.

Bukan tidak boleh guna tayar biasa, cumanya tayar EV dibuat mengikut keperluan sendiri.

Contoh terbaru ditunjukkan melalui kerjamasa di antara Alpine dan Michelin. Kedua-dua jenama Perancis tersebut sudah bekerjasama sejak 2012 lagi di dalam pembangunan Alpine A110.

Alpine A290 merupakan EV kompak sport masa depan dan mereka sekali lagi bekerjasama dalam membangunkan tayar khas.

Tiga tayar 19 inci untuk Alpine A290:

  • MICHELIN Pilot Sport EV: Tayar musim panas sporti yang mengoptimumkan kecekapan tenaga dan menggabungkan cengkaman, ketahanan dan autonomi.
  • MICHELIN Pilot Sport S5: Tayar musim panas paling sporti. Direka untuk mengekstrak potensi penuh A290 di atas permukaan basah dan kering.
  • MICHELIN Pilot Alpin 5: Tayar musim sejuk yang menawarkan kadar cengkaman tinggi di dalam keadaan sejuk seperti permukaan basah atau dilitupi salji.

Seperti yang dikatakan, pembangunan tayar untuk sesebuah model memakan masa dan mencabar apatah lagi untuk EV. Pengeluar perlu mengambil kira pembahagian berat serta tujahan yang tinggi dan spontan.

A290 mempunyai ukuran panjang 3.99 meter dan jarak roda pendek, 2.53 meter membentuk kereta yang lincah manakala trek roda lebar memberikan kestabilan terutama sekali semasa pembrekan.

Trek roda lebar juga memberi ruang untuk menggunakan tayar lebih lebar atau sehingga lebih 15 peratus kepada 225 milimeter seterusnya menambah permukaan yang menyentuh jalan.

Tayar Michelin yang dibangunkan A290 mengambil kira ciri tersebut bagi memaksimumkan prestasi kereta. Bagi mendapatkan formula sempuna, tempoh pembangunan memakan masa tidak kurang dua tahun!

Satu lagi ciri utama di dalam industri tayar ialah kosmetik atau identiti tersendiri dan bersama prestasi serta mutu boleh membentuk kesetiaan pelanggan.

Tayar khas Michelin untuk A290 mempunyai 'marking' yang senang dicam dan unik. Tanda itu akan dipaparkan pada kesemua tayar model EV Dream Garage Alpine masa depan.

Alpine A290 x Michelin.01
Alpine A290 x Michelin.02
Alpine A290 x Michelin.03
Alpine A290 x Michelin.04
Alpine A290 x Michelin.05
Alpine A290.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: A290, Alpine, Alpine A290, Michelin Pilot Sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev