• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Tangkap 'Ulat' Ambil Penumpang KLIA, Sita Tiga Sedan Termasuk City

JPJ Tangkap 'Ulat' Ambil Penumpang KLIA, Sita Tiga Sedan Termasuk City

December 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan tiga individu, dipercayai 'ulat' yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berdasarkan maklumat, tangkapan dilakukan anggota stesen penguat kuasa KLIA yang turut menyita tiga kenderaan, iaitu seunit Honda City, Perodua Bezza dan Proton Saga.

ulat klia - 1
ulat klia - 2

Siasatan awal mendapati 'ulat' tersebut mengenakan tambang kepada beberapa penumpang tempatan dan bukan warganegara pada kadar RM100 ke RM120 untuk perjalanan dari Terminal KLIA ke Labohan Dagang dan beberapa lokasi di Kuala Lumpur yang mana bayaran dibuat apabila tiba di destinasi.

JPJ mengingatkan, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali.

Malah, individu yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ itu juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243 (1) bawah akta sama.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Roda4, ulat KLIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev