SELEPAS Semenyih, garisan jalan 'glow in the dark' pertama di Kedah dilaksanakan di Padang Sanai di Padang Terap, dekat Alor Setar.
Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Sumber Air serta Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria berkata, garisan jalan itu adalah sepanjang 3km.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang berkata, buat masa ini, garisan jalan 'glow in the dark' itu ialah pertama di Kedah dan terpanjang di Malaysia.
Alhamdulillah, siap dipasang di Jalan Padang Sanai/Durian Burung. Terima kasih Pegawai Kewangan Negeri yang meluluskan peruntukan ini.
"Terima kasih Jabatan Kerja Raya Padang Terap/Pokok Sena yang berusaha keras untuk kesejahteraan rakyat," katanya dipetik Sinar Harian, Sabtu lalu, 29 November lalu.
Beliau berkata, projek garisan jalan yang siap dibina Selasa minggu lalu itu memberikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.
Cahaya matahari dikumpulkan dan apabila waktu malam (maka) akan nampak satu garisan yang terang-benderang melalui kelulusan peruntukan sebanyak RM500,000 daripada Pegawai Kewangan," katanya.
Beliau menambah, Kedah ialah negeri dengan sumber cahaya matahari tertinggi yang sesuai untuk pelabur mengusahakan ladang solar.
SUMBER: SinarHarian | JKR PT/PS
Leave a Reply