• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tol Percuma Selama 30 Hari di 3 Plaza Tol Lebuhraya SPE

Tol Percuma Selama 30 Hari di 3 Plaza Tol Lebuhraya SPE

November 7, 2023 By Shawkath Leave a Comment

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA pembukaan penuh Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), pemandu kenderaan boleh menikmati akses kemudahan itu tanpa perlu membayar tol di tiga plaza tol utama selama 30 hari.

Pemberian tol percuma itu akan tamat pada jam 11.59 malam, 2 Disember 2023. Tiga plaza tol utama yang anda boleh lalu tanpa bayar tol dalam tempoh itu ialah:

  • Plaza Tol Chan Sow Lin
  • Plaza Tol Ampang dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menuju ke SPE
  • Plaza Tol Setiawangsa (Arah Selatan dan Utara)

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata:

Selepas tempoh itu, pengguna akan membayar kadar tol RM3.50 bagi kenderaan kelas satu (kereta)."

Nanta berkata, SPE menghubungkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan merupakan projek dengan jarak keseluruhan 20.7 kilometer membabitkan empat seksyen iaitu:

  • Kerinchi-Salak (Seksyen 1)
  • Salak-Pandan (Seksyen 2)
  • Pandan-Setiawangsa (Seksyen 3)
  • Setiawangsa-Taman Melati (Seksyen 4)

Bagaimanapun, sebahagian jajaran lebuh raya itu iaitu Seksyen 4 dengan jarak 4.4km sudah dibuka kepada pengguna sejak 21 Disember 2021.

Beliau menambah:

Pembukaan sepenuhnya Lebuhraya SPE ini yang merupakan jalan pintas kepada beberapa lokasi, pastinya akan membawa impak signifikan terhadap usaha kerajaan untuk membantu menyuraikan trafik Kuala Lumpur pada waktu puncak sehingga 30 peratus, selain memperkasa usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur untuk keselesaan rakyat setempat.

"Sebagai contoh, tempoh perjalanan pada waktu puncak dari Kerinchi, Petaling Jaya ke Taman Melati, Gombak dan sebaliknya, dijangka hanya mengambil masa 35 minit berbanding satu jam 30 minit dengan laluan sedia ada sekali gus memanfaatkan kira-kira 100,000 pengguna."

SUMBER: Bernama

Related

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Kementerian Kerja Raya (KKR), Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), Plaza Tol Ampang, Plaza Tol Chan Sow Lin, Plaza Tol Setiawangsa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my