APLIKASI MYJalan diperkenalkan minggu ketiga Ogos lalu dan sehingga 3 November 2023, Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah menerima sebanyak 4,082 aduan berhubung pelbagai masalah dan kerosakan di jalan raya.
KKR menjelaskan, hanya 1,094 aduan daripada jumlah aduan diterima aplikasi MYJalan terletak di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Baki 2,988 aduan pula berada dalam bidang kuasa agensi lain, misalnya jalan negeri dan kemudahan di bawah tanggungjawab pihak berkuasa negeri.
Secara amnya, cuma 26.8 peratus aduan diterima membabitkan KKR dan baki 73.2 peratus milik agensi lain.
Berdasarkan data diberi, 31 peratus aduan diterima membabitkan jalan berlubang (345 aduan), diikuti lampu jalan 21 peratus (214 aduan), jalan rosak 19 peratus (210 aduan) dan lampu isyarat 11 peratus (121 aduan).
Leave a Reply