• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Gerhana Matahari Jadi Ilham Binaan Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection

Gerhana Matahari Jadi Ilham Binaan Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection

November 10, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


GERHANA matahari yang jarang berlaku menjadi ilham Rolls-Royce Motor Cars membangunkan Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.

Hanya 25 unit ditawarkan dan menariknya diperkenal beberapa hari sebelum gerhana di hemisfera barat pada 14 Oktober lalu.

Bahagian luaran kereta dalam skema warna Lyrical Copper yang mengandungi serbuk pigmen tembaga yang nampak lebih gelap sebelum terdedah kepada cahaya.

Kemasan dan warna Mandarin (jingga) bawah bampar dan kaliper brek merujuk kepada cahaya matahari terang ketika gerhana berlaku. Warna Mandarin turut diguna pada garis badan kereta.

Siling kereta buatan khas atau Bespoke Starlight Headliner juga membawa tema gerhana matahari. Menariknya, siling itu memaparkan gerakan animasi.

Contohnya, nyala bintang di siling semakin gelap apabila pintu ditutup dan enjin dihidupkan. Animasi pula dimainkan bergerak seperti gerhana dengan litupan gelap apabila bulan melindungi matahari.

Animasi itu dimainkan 7 minit 31 saat yang menjadi tempoh paling panjang berlaku gerhana matahari. Sebaik sahaja 'gerhana dalam kereta' tamat, cahaya bintang pula mengambil alih.

Tidak mudah, proses pembangunan mengambil masa setahun dan divisyen Bespoke Collective Rolls-Royce menghasilkan tiga prototaip untuk disempurnakan.

Papan pemuka kereta bercahaya mempamerkan 1,846 bintang dan seorang pereka Bespoke bertanggungjawab melaras saiz dan kedudukan setiap bintang untuk hasil mengagumkan.

Proses itu pula mengambil masa lebih 100 jam untuk disiapkan. Seperti biasa, papan pemuka Rolls-Royce mempunyai jam buatan khas, siap dengan berlian 0.5 karat yang turut membawa konsep gerhana matahari.

Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.08
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.09

Tema gerhana juga diserlahkan pada kerusi dwi-warna dengan taburan corak halus. Tidak terhenti setakat itu, payung yang tersimpan dalam pintu turut membawa aksen jingga.

Rolls-Royce Ghost Black Badge ini dijana enjin 6.75L V12 turbo kembar yang menghasilkan output kuasa 592hp dan tork 900Nm. Enjin dipadan transmisi automatik 8-kelajuan dan pacuan semua roda (AWD).

Ghost Black Badge sudah dilancar di pasaran tempatan pada Mac 2022 pada harga permulaan RM1.8 juta, tidak termasuk cukai. Cuma ada 25 unit Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection yang sudah habis disimpah 25 pelanggan serata dunia.

Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.01
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.02
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.03
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.04
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.05
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.06
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.07
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.08
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.09
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.10
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.11
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.12
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.13
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.14
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.15
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.16
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.17
Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection.18

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Rolls-Royce, Rolls-Royce Black Badge, Rolls-Royce Black Badge Ghost, Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis, Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection, Rolls-Royce Ghost

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev