• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Dedah Lima 'Model Konsep' Menarik Sempena Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023

Yamaha Dedah Lima 'Model Konsep' Menarik Sempena Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023

October 13, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PAMERAN Mobiliti Jepun 2023 (Japan Mobility Show, JMS) akan membuka tirai di Tokyo Big Sight, Tokyo bermula 28 Oktober hingga 5 November depan.

Sebelum pintu dibuka kepada orang awam, Yamaha berkongsi maklumat awal beberapa model kenderaan unik yang akan melakukan debut global kelak.

Bagaimanapun, Yamaha enggan menggunakan istilah model konsep pada semua kenderaan tersebut sebaliknya disebut sebagai  'kenderaan rujukan'. Berikut lima model yang dijangka menarik perhatian pengunjung:

1. YAMAHA MOTOROID2

  • MOTOROiD2 ialah model evolusi dan kesinambungan model konsep MOTOROiD yang pernah ditayangkan pada 2017.
  • Ini adalah kenderaan mobiliti persendirian yang mampu kenal, 'bangun' dan bergerak di sisi pemiliknya.
  • Model ini juga mampu mengesan individu yang duduk atas pelana dengan kehadiran seperti 'seorang teman'.
  • MOTOROiD2 menggunakan teknologi imbang kendiri dan pengecaman iaitu Active Mass Center Control System (AMCES).

2. YAMAHA TRICERA

  • Nampak seperti iras model Polaris Slingshot, tetapi dalam rekabentuk lebih lembut, dan kurang maskular.
  • Mungkin kebetulan kerana Tricera ada beberapa perbezaan yang mana model Yamaha itu ialah kenderaan elektrik (EV).
  • Perbezaan lain, Yamaha Tricera dilengkapi sistem kemudi tiga roda, termasuk mod manual boleh pilih untuk mengawal roda belakang.

3. YAMAHA ELOVE

  • Yamaha ELove menggunakan teknologi Sistem Bantuan Stabilisasi Motosikal Termaju (Advanced Motorcycle Stabilization Assist System, AMSAS) untuk imbangan kendiri kedua-dua roda.
  • Yamaha mendakwa ciri itu memudahkan penunggang supaya tidak risau aspek kesukaran mengimbang kenderaan pada halaju rendah atau ketika berhenti.
  • Teknologi hampir sama seperti itu pernah dipamerkan Honda suatu masa dulu.
  • Teknologi itu bakal memberi banyak manfaat kepada penunggang kurang berpengalaman, baharu dan juga golongan kelainan upaya (OKU).

YAMAHA E-FV

  • E-FV bermaksud Electric Fun Vehicle. Model ini ialah motosikal mini elektrik dengan trenkuasa sama seperti motosikal trail Yamaha TY-E.
  • Dilengkapi teknologi Kawalan Bunyi Aktif (Active Sound Control, ASC) yang memainkan audio bunyi enjin ketika motosikal diaktif atau dimatikan.

YAMAHA TMW

  • Yamaha TMW dibangunkan Jabatan Pengujian Motosikal Yamaha.
  • TMW diibaratkan sebagai kenderaan Yamaha Leaning Multi-Wheel dengan tambahan fungsi off-road.
  • Menariknya, dua roda hadapan TMW boleh bergerak secara bebas dengan roda belakang.
  • Menggunakan trenkuasa hibrid iaitu unit motor elektrik pada hab roda hadapan dan enjin petrol untuk menggerakkan roda belakang.
YAMAHA MOTOROID2
YAMAHA MOTOROID2 - 14
YAMAHA MOTOROID2 - 13
YAMAHA MOTOROID2 - 15
YAMAHA MOTOROID2 - 18
YAMAHA MOTOROID2 - 17
YAMAHA MOTOROID2 - 16
YAMAHA MOTOROID2 - 8
YAMAHA MOTOROID2 - 9
YAMAHA MOTOROID2 - 12
YAMAHA MOTOROID2 - 11
YAMAHA MOTOROID2 - 2
YAMAHA MOTOROID2 - 3
YAMAHA MOTOROID2 - 4
YAMAHA MOTOROID2 - 5
YAMAHA MOTOROID2 - 6
YAMAHA MOTOROID2 - 7
YAMAHA MOTOROID2 - 10
YAMAHA MOTOROID2 - 1
YAMAHA TRICERA
YAMAHA TRICERA - 2
YAMAHA TRICERA - 3
YAMAHA TRICERA - 6
YAMAHA TRICERA - 7
YAMAHA TRICERA - 8
YAMAHA TRICERA - 5
YAMAHA TRICERA - 4
YAMAHA TRICERA - 1
YAMAHA ELOVE
YAMAHA ELOVE
YAMAHA ELOVE - 2
YAMAHA ELOVE - 1
YAMAHA E-FV
YAMAHA E-FV - 13
YAMAHA E-FV - 12
YAMAHA E-FV - 11
YAMAHA E-FV - 10
YAMAHA E-FV - 8
YAMAHA E-FV - 2
YAMAHA E-FV - 7
YAMAHA E-FV - 1
YAMAHA E-FV - 6
YAMAHA E-FV - 9
YAMAHA E-FV - 5
YAMAHA E-FV - 3
YAMAHA E-FV - 4
YAMAHA TMW
YAMAHA TMW - 1
YAMAHA TMW - 5
YAMAHA TMW - 6
YAMAHA TMW - 8
YAMAHA TMW - 7
YAMAHA TMW - 2
YAMAHA TMW - 3
YAMAHA TMW - 4

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Japan Mobility Show, roda2, YAMAHA E-FV, YAMAHA ELOVE, YAMAHA MOTOROID2, YAMAHA TMW, YAMAHA TRICERA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev