• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda NT1100 (2024) Tambah Dua Warna Baharu, Kemas Kini Satu Warna Sedia Ada

Honda NT1100 (2024) Tambah Dua Warna Baharu, Kemas Kini Satu Warna Sedia Ada

September 27, 2023 By Aryon Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA NT1100 (2024) dilancarkan dengan tambahan dua warna baharu dan mengemas kini satu warna sedia ada.

Sejak dilancarkan pada 2022, Honda NT1100 sudah terjual lebih 12,000 unit seluruh Eropah yang mana model 2023 menjadi motosikal touring paling laris di rantau itu.

Matte Jeans Blue Metallic
Matte Jeans Blue Metallic
Candy Chromosphere Red
Candy Chromosphere Red
Matte Iridium Grey Metallic
Matte Iridium Grey Metallic

Perubahan model 2024 membabitkan dua warna baharu, iaitu Matt Jeans Blue Metallic (biru) dan Candy Chromosphere Red (merah), manakala warna sedia ada Matt Iridium Grey Metallic (perak) mendapat bar bonceng (carrier) Matt Ballistic Black Metallic.

Aspek mekanikal Honda NT1100 (2024) kekal sama seperti berikut:

enjin-honda-nt1100-2024
honda-nt1100-2024-euro-dct
  • Enjin 4-lejang dengan aci engkol 270º dwi-silinder sebaris 1,084cc penyejukan cecair berkuasa 100hp dan tork 104Nm.
  • Ada pilihan transmisi dual-klac (DCT) sebagai pilihan.
  • Frem kradel semi-ganda  dengan subfrem aluminium yang berkongsi sama dengan Hopnda CRF1100L Africa Twin.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) Showa SFF-BP di depan dan swingarm aluminium tiub tunggal Pro-Link prabeban dengan travel 150mm di belakang.
  • Sistem brek cakera kembar 310mm dengan kaliper radial 4-piston di depan, dan cakera tunggal 256mm dengan kaliper piston tunggal di belakang, dengan dibantu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Ciri elektronik lain diberikan ialah terotel elektronik Throttle by Wire (TBW), kawalan jelajah, kawalan tork Honda Selectable Tork Honda (HSTC), kawalan traksi, dab kawalan wheelie.
  • Ada tiga mod tunggang: Urban, Rain dan Tour.
  • Lampu LED penuh dengan lampung siang (DRL) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).
  • Ciri lain disediakan sebagai standard ialah visor angin boleh laras tinggi 5-tetapan, grip dengan fungsi pemanas, kawalan jelajah dan kotak sisi  65 liter.
  • Panel meter TFT digital 6.5 inci skrin sentuh dengan konektiviti telefon pintar menerusi sambungan aplikasi Apple CarPlay, Android Auto, dan Bluetooth.
  • Kapasiti tangki minyak 20 liter. Tinggi pelana 820mm.
  • Juga ada tiga pek aksesori pilihan, iaitu Urban, Touring dan Voyage.

Tiada kemas kini harga, tetapi Honda NT1100 tahun lalu dijual bermula £12,499 (RM71,435) untuk model bukan DCT.

Matte Jeans Blue Metallic
Matte Jeans Blue Metallic
Candy Chromosphere Red
Candy Chromosphere Red
Matte Iridium Grey Metallic
Matte Iridium Grey Metallic
enjin-honda-nt1100-2024
honda-nt1100-2024-euro-dct

SUMBER: Honda.co.uk

 

Related

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure tourer, Honda Eropah, Honda NT1100 (2024), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev