KHAS buat peminat sukan permotoran, anda kini berpeluang menyertai dan menjadi pelumba Toyota Vios Challenge bersempena Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR).
Festival TGR yang akan diadakan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur itu bakal menyaksikan 30 pelumba beraksi merebut kejuaraan. Kesemua perlumbaan akan diadakan di litar jalan raya yang direka khas tertakluk kepada peraturan ketat FIA dan AAM.
Sepanjang tempoh perlumbaan, kesemua pelumba akan menggunakan jentera Toyota Vios 1.5J manual yang sudah ditambahbaik khusus untuk di litar.
Lebih hebat, Toyota Vios 1.5J manual yang diguna pakai ialah sama seperti di pasaran. Cuma terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan.
BACA >>> #PanduUji: Mampukah Toyota Vios Baharu Cabar Pesaing Lain?
Antaranya aksesori TRD (kit aerodinamik, sistem ekzos, sistem klac & LSD,suspensi, pad brek, bar tower dan lower brace bar), roll cage, rim Enkei dan tayar Toyo.
Pengurusan perlumbaan dan modifikasi pula akan dilakukan oleh Wing Hin Motorsport di bawah selian TRD Jepun.
ENJIN LEBIH BERKUASA
Dari aspek mekanikal pula, jentera yang dipasang sepenuhnya di kilang UMW Toyota, Shah Alam itu lebih berkuasa 10 peratus berbanding model Vios biasa. Manakala harga bagi jentera Toyota Vios Challenge dijual pada RM90,000.
Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada pelumba Toyota Vios Challenge, inilah peluang yang tidak patut lepaskan.
BACA >>> Inilah Toyota Vios Facelift 2017 yang Akan Masuk Malaysia Tahun Ini
WJS says
Apa kebodohan ini.. Vios? Berlumba? Dah lah pemandu-pemandu Vios anggap lebuhraya seperti litar lumba untuk kereta-kereta low class seperti Vios, Myvi, Iswara dan sebagainya.. buat apa kita nak galakkan lagi imej bodoh Vios sebagai pilihan "boy racer" ni?
Muhammad Syahrul Azim says
Assalamualaikum nama saya Muhammad Syahrul Azim umur 19 , saya betul-betul minat dalam sukan permotoran dari kecik lagi. Tapi jika ada peluang saya dalam sukan permotoran ,saya tidak sia-sia kan.
Amiruddin says
Saya berminat nak jadi pelumba toyota ..macam mane saya nak dapat kan
shah rizal says
saya pun berminat lah nak jadi pelumba vios ni
Awie says
Can i register for toyota vios challenge? I really2 interested to be a professional racer.i ll make the best
amera shahira says
saya really interested to be a professional racer. pls capaikan impian i
Kamal says
Saya juga berminat menjadi racer
Khairi says
Saya sgt berminat dgn kereta dan minat utk menjadi racer dri dlu lagi tpi xkesampaian atas faktor kewangan dan sokongan tolong la guide sy utk jdi racer bagaimana caranya
Siti fairuz says
Saya dh lama minat racing ni tp blm berkesempatan lah.....mcm mn nk join, kena ad lesen lumba dlu ke....bp rm ye lesen dia
ZarimyRoslan says
saya berminat untuk menjadi seorang pelumba dengan cara yang betul dan professional.
Aqil says
Sye berminat hendak menyertai perlumbaan kereta
Muhammad Furqan says
Klau diberi peluang saya takkan lepaskan,dari kecil saya sngat berminat untuk menjadi perlumba,minat sangat dengan kereta nie tpi rasa mcm angan ii sahaja,munking impian ini sangat besar bagi saya dari segi kewangan dan saya jugak takut tidak dpt mencapainya tpi bak kta orng 'If your dreams dont scare you they are to small'
Mohammed fakerah says
Assalamualaikum...saya dari brunei darussalam.saya teringin nak jadi pelumba professional dari saya kecil lagi...itu adalah angan2 saya menjadi pelumba.
Masih ada register untuk tahun ini tak?
Terima kasih.
NURUL NADIA BT ROSLAN says
Masih ada for apply race car... I realy love be a women driff car.. Anytime can join..
Muhammad Syahrul Azim says
Assalamualaikum nama saya Muhammad Syahrul Azim umur 19 , saya betul-betul minat dalam sukan permotoran dari kecik lagi. Tapi jika ada peluang saya dalam sukan permotoran ,saya tidak sia-sia kan.
Fadlullah makriza says
Cita cita saya dari kecil..masih ada peluang tak?umur 28 tahun...jika terpilih pastikan saya mahu buat yang terbaik
Muhdsyakir says
Saya seorang rider moto ingin masuk bidang perlumba kereta
MUHAMAD FARIS ASYRAF ABD RASHID says
Assalamualaikum, nama saya Faris berusia 25 tahun impian saya ingin menjadi seorang pelumba litar yang handal, seperti Hafiz Syahrin. Sekiranya ada peluang uji bakat untuk menjadi pemandu yang handal sila hubungi saya. 0174447147 (Faris)
Nur diana syafiqa says
saya berminat dalam bidang ini
Nurul says
Assalamualaikum hi, saya dah lama mempunyai impian untuk menjadi pelumba kereta. Ini jugak adalah salah tu impian ayah saya untuk saya jadi pelumba kereta. Macam mana nak join ya ? Selalu berlumba atas highway belum pro lagi, takut membahayakan nyawa orang lain 🙏🏻
Muhammad Zali bin gusti Hassan says
Saya nak sangat jadi pelumba kereta profesional bagaimana cara untuk memulakan kerjaya sebagai seorg pelumba? Apa langkah pertama yg perlu Sy ambil?
Azhan O says
Survey kelas memandu amatur