• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Mungkin Pasang Kereta Jenama smart di Kilang Tanjung Malim

Proton Mungkin Pasang Kereta Jenama smart di Kilang Tanjung Malim

September 21, 2023 By Shawkath Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON menandatangani satu lagi Memorandum Perjanjian (MoA) dengan smart Automobile di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 di China untuk mengkaji kemungkinan pemasangan tempatan model smart di kilang Tanjung Malim di Perak.

MoA itu ditandatangani Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdulah dan Naib Presiden Jualan Global, Pemasaran dan Selepas Jualan smart Automobile, Mandy Zhang.

PERINCIAN MOA PROTON-SMART AUTOMOBILE

  • MoA pertama untuk meneroka potensi Proton untuk menjual penawaran kenderaan elektrik (EV) smart di ASEAN
  • MoA kedua untuk kedua-dua pihak mengkaji kemungkinan untuk memasang kenderaan smart secara tempatan (CKD) di kilang Proton di Tanjung Malim

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata:

MoA baharu antara Proton dan smart Automobile membawa kerjasama kami ke tahap baharu kerana kini kami dalam perbincangan mengenai memasang model smart di Malaysia.

"Sebagai pengeluar automotif, Proton sentiasa berhasrat untuk meningkatkan penglibatan kami dengan smart, iaitu bukan sekadar pengedar untuk rantau ASEAN sahaja, kerana terdapat banyak kecekapan untuk dimanfaatkan kerana kedua-dua syarikat adalah ahli Kumpulan Geely."

Hadir pada majlis itu ialah Presiden Global smart Automobile, Tong Xiangbei; Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang dan Pengarah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Unny Shankar.

Selepas memeterai MoA pertama pada tahun 2022, Proton sudah menghantar kumpulan pekerja ke China untuk menjalani latihan sambil kerja khusus untuk industri EV untuk membina kumpulan bakat untuk rancangan pasaran EV masa depannya.

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Proton, Roda4, Smart Automobile

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev