• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Royal Enfield Lancar Program Sewa Motosikal di India

Royal Enfield Lancar Program Sewa Motosikal di India

September 21, 2023 By Shawkath Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ROYAL Enfield secara rasmi melancarkan program sewaan motosikal di 26 kawasan bandar di seluruh India. Program baharu itu dinamakan sebagai Royal Enfield Rentals cuma ditawarkan di negara berkenaan, buat masa ini.

Program Royal Enfield Rentals tidak menawarkan sewaan motosikal secara terus kepada penunggang. Sebaliknya, pengeluar itu akan memilih beberapa rakan bisnes di setiap lokasi untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan.

Untuk menyewa motosikal Royal Enfield menerusi program itu, pengguna harus berumur 18 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu sah di India.

Pelancong asing ke India juga boleh menyewa motosikal menerusi Royal Enfield Rentals tetapi mereka perlu memiliki lesen memandu antarabangsa yang sah dan ditunjukkan semasa mengambil motosikal dari rakan sewaan terpilih.

Berdasarkan laporan, program tersebut membenarkan tempahan individu atau secara berkumpulan serta tempahan membabitkan beberapa rakan sewaan Royal Enfields.

Peminjam juga perlu memberi butiran individu untuk dihubungi jika berlaku sesuatu kecemasan semasa membuat tempahan. Ada beberapa rakan program itu mungkin menawarkan aksesori dan pakaian bermotosikal untuk disewa secara bersama-sama.

Tawaran sewaan dibuat di kawasan bandar berikut:

  • Leh, Manali, Dharamasala, Haridwar, Dehradun, New Delhi, Jaipur, Jaisalmer, Chennai, Nainitai, Ahmedabad, Goa, Siliguri, Bhubaneswar, Bir Billing, Udaipur, Haldwani, Hyderabad, Shimla, Mumbai, Trivandrum, Bangalore, Cochin, Chandigarh, Bhuntar dan Vishakhapatnam.

SUMBER: RE India | RideApart

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, roda2, Royal Enfield, Royal Enfield Rentals, sewa motosikal Royal Enfield

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my