Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook X (Twitter) Instagram
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Zuckerberg Tak Jadi Gomol Elon dalam Sangkar
Auto Terkini

Zuckerberg Tak Jadi Gomol Elon dalam Sangkar

ShawkathBy ShawkathAugust 15, 2023Updated:August 15, 2023
Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
Share
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email


HARAPAN dunia melihat dua bilionair bertumbuk dan bergusti mungkin tidak kesampaian. 😆

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berkata, hasratnya bertempur bela diri dengan Elon Musk terpaksa ditangguh hingga Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Tesla itu benar-benar serius mahu berlawan.

Rancangan perlawanan itu dibangkitkan sekitar Jun lalu yang mana Elon dikatakan mempelawa Zuckerberg untuk berlawan dengannya.

Zuckerberg pantas menerima pelawaan itu dan nampak lebih bersedia kerana beliau sudah menjalani dua tahun latihan bersama sekumpulan petarung profil tinggi UFC. 😱

Drama dua bilionair itu jadi lebih dramatik apabila Elon mengumumkan di Twitter (kini dijenamakan sebagai X), perlawanan itu akan diadakan di Itali, iaitu di lokasi epik yang dikelilingi artifak Rom purba.

Malah Elon juga memaklumkan perlawanan berkenaan akan diuruskan yayasan beliau dan Zuckerberg, bukan pihak UFC.

Selepas menjanjikan pelbagai perkara, nada Elon mula berubah dan enggan memilih satu tarikh tepat untuk hari perlawanan.

Beliau kemudian mendakwa perlu menjalani pembedahan belakang sebelum mencadangkan satu pusingan latihan dibuat di laman belakang kediaman Zuckerberg.

Menjawab dolak-dalik itu, Zuckerberg menganggap Elon sebagai tidak serius dan sudah tiba masa untuk di ‘move on’, tetapi pada masa sama menegaskan beliau terbuka untuk bertarung.

Susulan kenyataan Zuckerberg di Threads, Elon menggunakan media sosial peribadi untuk melabel pesaingnya sebagai ‘pengecut’ (chicken), termasuk mengugut mahu ‘mengetuk pintu (Zuckerberg) untuk menuntut satu perlawanan.

SUMBER: CarScoops

autoterkini Bilionair Gusti Elon Musk Facebook Mark Zuckerberg Meta SpaceX Tesla
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
Shawkath

Related Posts

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

January 16, 2026

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

January 16, 2026

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

January 16, 2026

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 Kini Dengan Warna Ikonik US Intercolor Yellow!

January 16, 2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.