Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kilang Tesla di Shanghai Hasilkan Satu Kereta Setiap 40 Saat!
Auto Terkini

Kilang Tesla di Shanghai Hasilkan Satu Kereta Setiap 40 Saat!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize02/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KILANG Tesla atau lebih dikenali sebagai Tesla Gigafactory di Shanghai, China mampu menghasilkan satu unit Tesla Model 3 atau Model Y untuk setiap 40 saat.

Berdasarkan video dikongsikan Tesla Asia di Twitter, kemampuan Tesla menghasilkan kereta dalam masa 40 saat nyata menandingi Ford yang pernah mendakwa mampu menghasilkan F-150 setiap 49 saat, awal tahun ini.

Satu klip video dikongsi badan pelancongan Shanghai di Twitter yang memberikan gambaran dalaman Tesla Gigafactory di bandar raya tersebut. Dalam video itu, seorang pekerja Tesla di bahagian pengeluaran menjelaskan berpuluh-puluh mesin robotik berfungsi seiring di satu stesen untuk meningkatkan kecekapan.

Menurut Tesla, kilang Shanghai sudah beroperasi pada kapasiti maksimum hampir selama beberapa bulan berturut-turut dan syarikat itu berasa tidak perlu meningkatkan lagi pengeluaran.

Kilang itu mempunyai kapasiti tahunan lebih sejuta kenderaan dan Tesla sudah menjual hampir setengah juta kenderaan elektrik (EV) buatan China pada penggal pertama 2023. Ini juga menjadi hab eksport, dengan Tesla Model 3 dan Tesla Model Y buatan China akan dihantar ke pasaran luar negara seperti Thailand dan Kanada.

Tesla berkata, pengoptimuman kos ialah kunci kejayaan menerusi pengeluaran lebih tinggi, pembuatan unit pemacu lebih murah, berskala, dan berinovasi.

Tesla juga menggunakan teknik seperti giga casting untuk memudahkan pembuatan, mengurangkan bilangan komponen dalam kenderaan dan mengurangkan kos.

#Didyouknow that at #Shanghai‘s #Tesla Gigafactory, they can produce a #car in less than 40 seconds? 🤔Curious to see how they achieve such speed? Let’s dive into the working environment!@Tesla @Tesla_Asia pic.twitter.com/FWXe7TxGYq

— Shanghai Let’s meet (@ShLetsMeet) July 25, 2023

BACA >>> PM Setuju Rasmi Ibu Pejabat Tesla Di Cyberjaya, Tapi Dengan Syarat…
BACA >>> Beli Tesla Model Y Sebelum 31 Oktober, Dapat Pengecas Dinding Percuma!

SUMBER: InsideEVs

Auto Terkini China model 3 Model Y Shanghai Tesla Asia Tesla Gigafactory Tesla Model 3 Tesla Model Y
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.