• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'DBKL Manila' Mahu Saman Penunggang Teduh Bawah Jejambat Ketika Hujan, Mula Ogos Ini!

'DBKL Manila' Mahu Saman Penunggang Teduh Bawah Jejambat Ketika Hujan, Mula Ogos Ini!

July 28, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PIHAK Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA) nampaknya sudah hilang sabar dengan sikap penunggang motosikal yang berteduh dari hujan lebat hingga menghalang lalu lintas.

Susulan itu MMDA memutus akan mula mengeluarkan saman bermula 1 Ogos depan (Selasa depan).

Dalam temu bual media tempatan baru-baru ini, Pemangku Pengarah MMDA, Don Artes berkata, agensi itu akan memberi notis mencukupi dengan mensasarkan 1 Ogos ini akan mula menahan penunggang yang berdegil.

Penunggang motosikal yang menghalang lalu lintas kerana berlindung di bawah jejantas atau sebagainya, akan didenda 1,000 peso (RM80)," kata MMDA.

Bagaimanapun, atas sebab kemanusiaan, penunggang masih dibenarkan berteduh sementara bawah jejantas hanya untuk memakai baju hujan, dan tidak dibenarkan mengambil masa terlalu lama hingga menghalang aliran trafik.

Ini bagi mengelakkan situasi jalan sesak selain mengurangkan risiko bahaya terhadap penunggang berteduh kerana dikhuatiri dirempuh pengguna lain dari belakang.

Di Malaysia, kerap juga kita lihat penunggang motosikal berteduh bawah jejambat hingga menghalang lorong kiri jalan, teruta,am di lebuh raya.

Walaupun tindakan ini dianggap kecemasan, tetapi berita penunggang maut dirempuh ketika berteduh juga tidak asing kita dengar dan baca. Adakah penunggang motosikal yang berteduh bawah jejambat ketika hujan di Malaysia juga wajar disaman? 🤔

BACA >>> #TahukahAnda: Ada 184 Tempat Berteduh Motosikal di Lebuhraya PLUS
BACA >>> Rider Berteduh Bawah Jejambat Bergelimpangan Dirempuh Lori, 2 Maut, 6 Cedera!
SUMBER: MotoPinas

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 'DBKL Manila', Auto Terkini, Penunggang Filipina, Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA), roda2, Saman Teduh Bawah Jejambat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev