• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 7 Pengeluar Automotif Jalin Usaha Sama, Bina 30k Stesen Cas EV di Amerika Utara

7 Pengeluar Automotif Jalin Usaha Sama, Bina 30k Stesen Cas EV di Amerika Utara

July 31, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

11
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda? Salah satu syarat Tesla bertapak di Malaysia adalah perlu memasang sekurang-kurangnya 50 stesen cas Supercharger menjelang 2026 dan 30 peratus perlu terbuka kepada jenama lain.

Ada lagi beberapa syarat ditetapkan Kerajaan sebagai timbal balik kepada keistimewaan dinikmati.

Stesen atau pusat pengecasan memang penting dan boleh diibaratkan seperti petrol atau diesel untuk kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Namun, pengguna juga boleh memasang sendiri pengecas di kediaman masing-masing berbanding stesen minyak yang perlu dibina di kawasan khas.

Satu lagi cabaran kenderaan elektrik (EV) ialah soket pengecas yang tidak seragam. Akibatnya, pemilik EV perlu mencari stesen pengecas yang sesuai atau menggunakan adapter.

Terbaharu, di Amerika Utara ada satu perkembangan positif yang boleh diikuti di negara lain, termasuk Malaysia juga.

Tujuh pengeluar automotif terkemuka menubuhkan usaha sama (JV) bagi mempercepat peralihan kepada EV dengan menjadikan pengecasan lebih mudah diakses, praktikal dan reliabel. Usaha sama (JV) itu melibatkan BMW Group, General Motors, Honda, Hyundai, Kia, Mercedes-Benz Group dan Stellantis NV.

Kerjasama tersebut membabitkan pembinaan rangkaian pengecasan kuasa tinggi dengan sekurang-kurangnya 30,000 pengecas akan dibina yang bakal menjadikan EV lebih menarik dimiliki.

Pelaburan untuk projek tersebut akan menggunakan dana awam dan swasta bagi mempercepat pemasangan pengecas.

Stesen cas itu boleh digunakan semua EV yang dilengkapi pengecas CCS (Combined Charging System) atau NACS (North American Charging Standard). Usaha sama tersebut akan ditubuhkan tahun ini, bergantung beberapa syarat dan kelulusan undang-undang.

Perincian Usaha Sama dan Stesen Cas

  • Stesen cas pertama dijangka buka di Amerika Syarikat (AS) musim panas tahun depan (Jun-September 2024) sebelum menyusul di Kanada.
  • Semua stesen dilengkapi jumlah pengecas DC kuasa tinggi yang memudahkan pemanduan jarak jauh untuk pelanggan, dan dikuasakan tenaga boleh diperbaharui.
  • Dibina di lokasi yang memudahkan pengguna dengan ciri khas seperti berbumbung (jika bersesuaian), tandas, jualan makanan dan runcit di kawasan berhampiran atau lokasi sama.
  • Beberapa stesen perdama (flagship) terpilih akan dilengkapi fasiliti tambahan.
  • Perancangan awal melibatkan pemasangan di kawasan bandar dan sekitar lebuh raya utama yang merangkumi lokasi terhubung dan laluan percutian.
  • Fungsi dan khidmat rangkaian pengecasan akan disepadu dengan aplikasi kenderaan pengeluar yang terlibat dalam usaha sama seperti tempahan, perancangan laluan dan navigasi, bayaran dan sebagainya.
  • Turut menggunakan teknologi Plug & Charge bagi memudahkan pengguna.

Menurut Jabatan Tenaga AS, setakat Julai 2023, ada 32,000 stesen cas awam dengan pengecas pantas DC di AS untuk digunakan 2.3 juta EV, atau bersamaan 72 EV setiap pengecas.

Makmal Tenaga Boleh Diperbaharui Kebangsaan (NREL) menjangka 182,000 pengecas pantas DC diperlukan untuk 30 hingga 42 juta kenderaan atas jalan menjelang 2030.

Pembelian EV di AS dijangka melepasi angka 50 peratus dari jualan keseluruhan menjelang 2030 dan penambahan infrastruktur pengecasan adalah sangat penting.

Di negara kita pula, Kerajaan mensasarkan 10,000 stesen cas menjelang 2025 dengan pembahagian 9,000 unit pengecas AC dan 1,000 unit pengecas DC.

Dari segi jualan, Kerajaan mensasarkan 15 peratus EV dan kenderaan hibrid menjelang 2030, dan 38 peratus daripada jualan keseluruhan industri (TIV) menjelang 2040.

BACA >>> TNB Electron DC Mula Operasi, 6 Lagi Stesen Pengecas EV Akan Dibuka Tahun Ini
BACA >>> #Bajet2023: Gentari Sedia 500 Stesen Cas Menjelang 2024, TNB Labur RM165j untuk Fasiliti EV
BACA >>> #Bajet2023: Tiada Duti Import untuk EV Hingga 2024, Fi AP Dikecualikan

Related

11
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: BMW Group, EV, General Motors, Honda, hyundai, Kia, Mercedes-Benz Group, Stellantis NV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev