• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lexmoto Nexus 125 (2023) Lancar di UK, Harga RM12k!

Lexmoto Nexus 125 (2023) Lancar di UK, Harga RM12k!

July 11, 2023 By Sharil Leave a Comment

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dan skuter dari Britain, Lexmoto memperkenal skuter sporty baharu, Lexmoto Nexus 125 (2023) yang menawarkan banyak ciri dan prestasi pada harga kira-kira £1,999.90 (RM12,020).

Lexmoto Nexus 125 (2023) direka untuk menarik minat golongan muda dan penunggang bandar yang mahukan skuter praktikal dan menyeronokkan.

Skuter ini tampil dengan lampu LED penuh, panel meter digital, port USB, dan ruang simpanan bawah pelana yang mampu memuatkan sebuah helmet muka penuh (full-face) selain mempunyai frem badan agresif dan aerodinamik.

Perincian Lexmoto Nexus 125 (2023)

Skuter ini dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 8.6hp dan tork 8.2Nm, manakala kelajuan maksimum 110kmj, serta dipadankan transmisi automatik CVT untuk pecutan lancar.

Kapasiti bahan api 11 liter, manakala penggunaan bahan api 122 batu per gelen (mpg), atau 51.8km per liter, untuk jarak tunggangan lebih 300 batu (480km) dengan satu isian tangki penuh.

Lexmoto Nexus 125 (2023) menggunakan sistem brek kombi (CBS) dengan brek cakera di depan dan brek dram (belakang) yang mengagihkan daya brek depan dan belakang untuk memberikan kestabilan ketika membrek. Sistem suspensi pula menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang.

Lexmoto Nexus 125 (2023) mempunyai tinggi pelana 760mm, dan berat 185kg yang mudah diakses dan dikawal majoriti penunggang.

Ada tiga warna ditawarkan, iaitu hitam, merah dan putih, manakala harga pasaran £1,999.99 (RM12,020) dengan waranti kilang dua tahun.

Lexmoto Nexus 125 (2023)-4
Lexmoto Nexus 125 (2023)-5

Lexmoto mendakwa Nexus 125 (2023) sebagai salah satu skuter nilai untuk wang terbaik di pasaran kerana menawarkan banyak ciri dan prestasi pada harga rendah. Skuter ini dijangka bersaing dengan skuter 125cc popular lain di Britain seperti Honda PCX 125, Yamaha NMAX 125, dan Piaggio Medley 125.

Lexmoto ialah antara pengimport motosikal dan skuter terkemuka di Britain dengan memiliki lebih 100 pengedar seluruh negara. Syarikat itu pakar dalam mengimport motosikal dan skuter kos rendah dari China, Taiwan dan Vietnam, dengan dijenamakan semula bawah nama sendiri.

BACA >>> Lexmoto XDV300 (2023) Lancar di Eropah, Harga Mula RM26.5k!
BACA >>> Lexmoto Detroit (2022) Mirip Harley-Davidson 883 Lancar di Eropah, Harga Mula RM13.6k!

Lexmoto Nexus 125 (2023)-
Lexmoto Nexus 125 (2023)-2
Lexmoto Nexus 125 (2023)-3
Lexmoto Nexus 125 (2023)-4
Lexmoto Nexus 125 (2023)-5
Lexmoto Nexus 125 (2023)-6
Lexmoto Nexus 125 (2023)-7
Lexmoto Nexus 125 (2023)-8
Lexmoto Nexus 125 (2023)-9

SUMBER: InMoto

Related

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2023, China, Lexmoto, Lexmoto Nexus 125 (2023), Nexus 125, roda2, skuter, Skuter Sporty, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev