• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Z900 ABS Hanya RM49,158 Seunit - Harga Memang 'Tak Masuk Akal'

Kawasaki Z900 ABS Hanya RM49,158 Seunit - Harga Memang 'Tak Masuk Akal'

March 24, 2017 By Abang GYL 5 Comments

6.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kawasaki z900 absBERITA baik buat peminat Kawasaki Z900 ABS! Kawasaki Motors Malaysia (KMM) mengumumkan harga rasmi bagi model Kawasaki Z900 ABS dijual bermula RM49,158 hingga RM50,959.

Pengumuman harga itu adalah lebih rendah berbanding jangkaan RM58,000 seperti mana diumumkan oleh KMM semasa pelancaran model berkenaan pada Januari lalu.

HARGA

  • Kawasaki Z900 ABS (Standard) - RM49,158
  • Kawasaki Z900 ABS (Special Edition) - RM50,959

kawasaki z900 absENJIN

Kawasaki Z900 ABS ialah model supernaked futuristik yang galak seperti Kawasaki Z800. Di atas jalan, ia bakal menjadi pencabar dalam kelas 900cc seperti Yamaha MT-09 Series.

Nadi Kawasaki Z900 ialah enjin sama yang terdapat pada Z1000. Ia didatangkan dengan enjin 948cc empat silinder sebaris.

Dengan bantuan kotak gear 6-kelajuan menerusi hantaran klac slipper, Kawasaki Z900 ABS mampu menghasilkan kuasa 125hp bersama tork 98.6Nm.

BACA >>> Kawasaki Lancar 4 Model Sepanjang 2017 - Z900 (RM58k), X250 (RM25k), Z650 (RM37k) & Ninja 650 (RM38k)

kawa-z900-1
kawa-z900-3

DESAIN

Dari aspek rekaan, Kawasaki Z900 ABS menerapkan gaya rekaan SUGOMI yang diilhamkan daripada model Z1000. Ia mewakili elemen teras prestasi dan gaya yang ada pada model supernaked keluarga Z. Rekaan Sugomi juga memberikan penggayaan tajam, dinamik dan efek siluet yang berbeza.

Bagi keselesaan tunggangan, Kawasaki Z900 ABS dilengkapi suspensi fork terbalik 41mm di depan dan monoshock, belakang. Tugas menghentikan jentera pula diserahkan kepada brek cakera 300mm bersama kaliper 4-piston dan cakera 250mm dngan kaliper piston tunggal, belakang.

Apa tunggu lagi, siap-siaplah slip gaji anda sekarang juga 🙂

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 (2017) Perkenal Tiga Warna Baharu, Dua Edisi Khas

Related

6.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: harga kawasaki z900 abs, Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia, Kawasaki Z900 ABS, KMM, z900

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev