• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Benar Institut Memandu Lanjut Had Usia Kenderaan hingga 10 Tahun

Kerajaan Benar Institut Memandu Lanjut Had Usia Kenderaan hingga 10 Tahun

June 26, 2023 By Azhan O Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan inisiatif Kerajaan membantu pengusaha Institut Memandu, iaitu melanjutkan had usia kenderaan yang digunakan di institut daripada tujuh tahun kepada 10 tahun.

Loke berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Kita ambil satu pertimbangan untuk membantu pemain industri IM kerana umum diketahui semasa Covid-19, mereka tidak boleh buat apa-apa.

“Kebanyakan kenderaan yang masuk ke tahun ke-7 sudah tidak boleh dipakai dan menambahkan beban pengusaha dan tidak adil,” katanya.

Menurutnya, JPJ akan mengintegrasikan perkara itu ke dalam sistem secepat mungkin. Malah, bagi menggalakkan IM melabur dalam kenderaan baharu, pemeriksaan kenderaan dikecualikan untuk tahun pertama dan kedua.

Untuk tahun-tahun seterusnya hingga tahun ke-10, pemeriksaan berkala yang diwajibkan adalah setahun sekali," katanya.


Mengenai cadangan membenarkan IM mengendalikan ujian KPP01 berkomputer untuk mendapatkan lesen, JPJ sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) untuk menjaga integriti dan ketelusan ujian berkenaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menyampaikan pandangan jika IM dibenarkan mengendalikan ujian itu, dibimbangi terdapat kelonggaran atau kebocoran maklumat.

Pada masa sama Kementerian juga menubuhakan pasukan petugas khas diketuai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mencari kaedah menangani lambakan calon ujian memandu dan mempercepat urusan mendapatkan lesen.

Loke berkata, dianggarkan 600,000 calon mengikuti kursus dan ujian memandu setiap tahun dan lambakan itu berlaku disebabkan penutupan IM berikutan pandemik Covid-19.

Backlog panjang, bukan mereka tidak dapat lesen memandu tetapi masa menunggu itu lama," katanya lagi.

BACA >>> Pelajar Sekolah Memandu Tertekan Pedal Minyak Axia, Bilik Pengajar Rosak Teruk
BACA >>> Perodua Axia E (2023) Transmisi Manual Kembali ke Pasaran, Harga RM22k!

SUMBER: Bernama

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Institut Memandu (IM), Jabatang Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Menteri Pengangkutan, Sekolah Memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev