• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda GB350 dan GB350 S (2023) Jepun Tampil Warna Baharu, Harga Mula RM18.6k!

Honda GB350 dan GB350 S (2023) Jepun Tampil Warna Baharu, Harga Mula RM18.6k!

June 20, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SUDAH banyak motosikal diimport atau berasal dari India dibawa masuk ke pasaran tempatan. Kelebihannya, harga yang rendah yang menjadikan ia mampu milik.

Harga rendah itu disumbang kos dan skala ekonomi besar di India. Malah, konglomerat India juga memiliki beberapa jenama ikonik dunia.

Honda GB350 S (Pearl Deep Mud Gray) 2023 01
Honda GB350 (Matte Pearl Glare White) 2023 02

Antara model menarik adalah siri Honda CB350 (H'ness) yang dibawa masuk ke Jepun pada 2021 dan dikenali sebagai GB 350 (2023) dan GB 350 S (2023).

Kedua-dua model itu walaupun dalam gaya retro, tetapi berbeza dari segi rekabentuk dan ciri. Daripada dua model itu, Honda GB 350 nampak lebih klasik, manakala Honda GB 350 S ada sentuhan lebih moden. Perbezaan dapat dilihat pada lampu dan ekor belakang, ekzos, pelana, panel sisi, lampu isyarat, madgad dan hendal.

Bagi model 2023, Honda Jepun memperkenalkan GB 350 dan GB 350 S dalam warna baharu dan bakal diedarkan 7 Julai ini.

Honda GB 350 (2023) menerima absorber hitam berbanding perak sebelum ini, dan warna baharu Matte Pearl Glare White (foto atas), iaitu tambahan kepada Matte Pearl Morion Black dan Matte Jeans Blue Metallic.

Honda GB350 S (2023) pula diberi warna baharu Puco Blue (foto atas) selain Pearl Deep Mud Gray dan Gunmetal Black Metallic sedia ada. Hendal ditukar kepada perak kusam dan grafik pada panel sisi lebih ringkas. Selain rekabentuk dan ciri, kedua-dua motosikal berbeza dari segi dimensi seperti berikut:

Dimensi panjang x lebar x tinggi (mm)
  • Honda GB 350: 2,180 × 790 × 1,105
  • Honda GB 350 S: 2,175 × 780 × 1,100
Jarak tinggi bumi
  • Honda GB 350: 166mm
  • Honda GB 350 S: 168mm
Berat
  • Honda GB 350: 179kg
  • Honda GB 350 S: 178kg

Tinggi pelana dan jarak roda dua model itu sama, iaitu 800mm dan 1,440mm.

Honda GB 350 (2023) dan Honda GB 350 S (2023) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal NC59E 348cc OHC penyejukan udara berkuasa 18hp @ 5,500rpm dan tork 29Nm @ 3,000rpm dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Kapsiti tangki minyak 15 liter. Honda GB350 (2023) dijual pada harga 561,000 yen (RM18,590), manakala Honda GB 350 S (2023) berharga 605,000 yen (RM20,050).

BACA >>> Honda Trail125 (2023) Diperkenal di AS, Enjin Baharu Seperti Super Cub, RM17.7k!
BACA >>> Honda Civic Type R Kembali Pegang Takhta FWD di Nürburgring!

Honda GB350 S 2023
Honda GB350 S (Gunmetal Black Metallic) 2023 01
Honda GB350 S (Pearl Deep Mud Gray) 2023 01
Honda GB350 S (Puco Blue) 2023 01
Honda GB350 S (Puco Blue) 2023 02
Honda GB350 2023
Honda GB350 (Matte Jeans Blue Metallic) 2023 01
Honda GB350 (Matte Pearl Glare White) 2023 01
Honda GB350 (Matte Pearl Glare White) 2023 02
Honda GB350 (Matte Pearl Morion Black) 2023 01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda GB350, Honda GB350 2023, Honda GB350 S, Honda GB350 S 2023, roadster, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev