• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Cuma 5k Unit Yamaha Y16ZR Doxou Tech Art (2023) Dijual, Harga RM11.8k dan Dapat Sijil!

Cuma 5k Unit Yamaha Y16ZR Doxou Tech Art (2023) Dijual, Harga RM11.8k dan Dapat Sijil!

May 8, 2023 By Aryon Leave a Comment

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam melancarkan model edisi khas, Yamaha Y16ZR DOXOU Tech Art (2023) yang tampil dengan rekaan grafik dan skema warna unik pada harga RM11,818.

Lebih istimewa, supermoped edisi khas ini dikeluarkan 5,000 unit sahaja. Setiap pembeli akan diberikan sijil pemilikan dan lencana khas dengan nombor siri serta dipakejkan bersama waranti dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu).

DOXOU berasal daripada perkataan Bahasa Jepun ‘DOKUSOU’ yang bermaksud bersikap kreatif dan mendahului orang lain. Berpaksikan semangat ‘DOKUSOU’, lahirlah Edisi Fesyen Sukan DOXOU yang bergaya, kreatif dan moden.

Model ditujukan khas kepada individu terampil dan bergaya ini masih mengekalkan trenkuasa sama, iaitu enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api VVA berkuasa 17.7hp @ 9,500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat.

Berat 119kg dan kapasiti tangki minyak 5.4 liter. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek jenis cakera tunggal 245mm dengan kaliper dwi-piston di depan dan cakera tunggal piston tunggal belakang. Bahagian roda menggunakan rim 17 inci dengan tayar 90/80 (depan) dan 120/70 (belakang).

Antara ciri dimiliki supermoped ini ialah fender sport edisi terhad Y16ZR Sports Fender, klac antigelincir Assist and Slipper (A&S), panel meter LCD digital, lampu LED untuk lampu utama dan lampu belakang, soket kuasa 12V, suis pemanti enjin Kill Switch dan sistem kunci pintar.

BACA >>>HLYM Umum Tiga Warna Baharu Supermoped Yamaha Y16ZR (2022), Harga Naik RM230!
BACA >>> Prototaip Supermoped Modenas-Kawasaki Jalani Ujian Awal di Luar Negara, Siap 2025!

Related

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, HLYM, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Kapcai, roda2, Supermoped, Yamaha Y16ZR Doxou (2023), Yamaha Y16ZR Doxou Tech Art (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my