• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Lembu Malaysia Naik Bezza, Lembu Amerika Naik Civic! Pemandu Pula Entah ke Mana

Lembu Malaysia Naik Bezza, Lembu Amerika Naik Civic! Pemandu Pula Entah ke Mana

March 13, 2017 By Han Othman Leave a Comment

253
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA orang Amerika Syarikat (AS) pun tidak mahu kalah dengan Malaysia apabila pasukan Peronda Lebuhraya California pada Sabtu lalu mendapat satu panggilan aneh yang mendakwa terlihat seekor anak lembu sedang cuba memanjat keluar dari sebuah kereta diparkir di tepi jalan.

Menurut laporan Fox News, insiden Sabtu lalu itu berlaku di sebatang laluan dekat kawasan pergunungan di Riverside County dalam California Selatan. Seperti dilaporkan pemanggil, pasukan peronda mendapati memang benar kelihatan seekor anak lembu terkial-kial mahu menyelamatkan diri dari but sebuah Honda Civic.

amerika-curi-lembu-1
amerika-curi-lembu-2

Tetapi, bukan seekor anak lembu itu saja, ada seekor lagi anak lembu lain sedang terperosok di lantai kerusi belakang dengan kedua-dua haiwan tersebut diikat kaki masing-masing. Bagaimanapun, pemandu Civic tidak ditemui, manakala kereta itu pula didaftarkan di satu alamat dekat Tulare County, lebih 400 kilometer dari tempat kejadian. Malah, tiada laporan kecurian diterima membabitkan Civic tersebut yang kemudian dirampas polis sebagai bahan bukti.

Dua anak lembu itu kini diletakkan di bawah jagaan sebuah ladang ternak. Pihak berkuasa AS sedang cuba mengesan siapakah pemilik haiwan berkenaan.

Di Malaysia, jika anda masih ingat (baca SINI), pihak polis pernah menahan sebuah kereta jenis Perodua Bezza terbabas selepas cuba melarikan lembu (juga dua ekor) yang disumbat di dalam but dan lantai kerusi belakang. Bezanya, lembu yang cuba dicuri di Malaysia itu ialah lembu dewasa (gambar bawah). Memang berbeza! 😛

SUMBER: Fox News

Related

253
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: anak lembu, anak lembu naik Honda Civic, autotainment, curi lembu, Honda, Honda Civic, lembu, Perodua, Perodua Bezza, polis Amerika

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev