LEXUS IS ialah model penting dan ikonik bagi pengeluar kereta premium, Lexus. Jika BMW ada 3 Series, maka IS adalah lawannya dan Lexus sangat berbangga dengan model itu. Walaupun direka di Jepun, tetapi banyak input diperoleh daripada Lexus Eropah. Malah, model-model Lexus turut diuji di litar Núrburgring, Jerman bagi memastikan keupayaan jenama itu setara dengan jenama premium lain.
Paling istimewa, IS dipacukan roda belakang, sesuatu yang rare bagi pembuatan kereta moden mewah hari ini. Terima kasih kepada bapa IS, iaitu Nobuaki Katayama.
BACA >>> Lexus Tampil SUV Kompak Premium - NX Facelift dan 200t Special Edition
PERUBAHAN MINOR
Selepas dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2015, Lexus Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Lexus IS versi dipertingkat (facelift). Perubahan IS facelift (2017) hanya minor dan tidak melibatkan bahagian enjin kecuali teknologi mula-henti automatik. Antara ciri baharu Lexus IS facelift (2017) ialah:
LUARAN
- Gril spindel, bampar depan dan belakang
- Lampu utama Bi-LED (tiga lensa untuk IS300h)
- Lampu signal depan LED
- Lampu belakang (undur, signal belok dan kabus) LED
- Muncung ekzos krom
- Rim aloi 17-inci - IS 200t Premium, IS 300h
- Rim aloi 18-inci - IS 200t Luxury, IS 200t F SPORT / saiz rim belakang lebih lebar
- Tayar run flat - IS 300h
- Opsyen 7 warna / Heat Blue - IS 200t F SPORT.
DALAMAN
- Paparan navigasi pelbagai pandangan elektro (electro multi-vision navigation - EMVN) 10.3-inci dengan fungsi dua skrin pecahan
- Sistem audio Mark Levinson Premium Surround dengan 15 pembesar suara - IS 200t F SPORT; IS 300h
- Sistem audio Lexus Premium dengan pemain DVD dan 10 pembesar suara - IS 200t Premium; IS 200t Luxury
- Fungsi akses ENTER dan BACK pada antaramuka sentuhan kawalan (Remote Touch Interface - RTI) di konsol tengah
- Kayu bidik atau joystick untuk menukar tetapan di sebelah tombol gear
- Pemegang cawan di konsol tengah rekaan baharu.
- Perehat lutut baharu
- Jam analog rekaan baharu
- Cermin padang belakang tanpa bingkai
- Punat kawalan stereng baharu
- Meter bacaan daya-G
- Opsyen 7 warna / Wedge Metal dan warna dalaman Black atau Dark Rose - F SPORT
CIRI KESELAMATAN
- 10 beg udara
- Pengurusan Besepadu Dinamik Kenderaan (Lexus Vehicle Dynamics Integrated Management - VDIM): Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Traksi (TRC) dan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
- Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPMS)
- Bantuan Parkir
- Sistem Pemantau Pandangan Belakang (RVMS)
- Cermin sisi dengan Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lalu Lintas Belakang (RCTA) - IS 200t Luxury; IS 200t F SPORT; IS 300h.
Berikut ialah harga Lexus IS mengikut varian (harga atas jalan):
- IS 200t Premium - RM 306,327.21
- IS 200t Luxury - RM 341,464.25
- IS 200t F SPORT - RM 376,401.29
- IS 300h - RM 423,677.00
Lexus IS didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perjalanan dan tambahan waranti lapan tahun untuk bateri bagi model Lexus IS 300h Hibrid.
LEXUS IS 200t PREMIUM/LUXURY
LEXUS IS 200t F SPORT
LEXUS IS 300h (HIBRID)
SUMBER: Lexus Malaysia
Leave a Reply