• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis URB Putus Kaki, Jeep Mabuk Buat 'U-Turn' Ikut Suka

Polis URB Putus Kaki, Jeep Mabuk Buat 'U-Turn' Ikut Suka

April 19, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


MALANG tidak berbau, seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) putus kaki kanan selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Jeep yang membuat pusingan-U di simpang tidak dibenarkan di Jalan Lintas, depan City Mall, Kota Kinabalu.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa ialah anggota berpangkat koperal berusia 35 tahun yang bertugas di bahagian URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 9.30 malam, Ahad lalu (16 April)

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah kemalangan berlaku apabila pemandu Jeep dirakam membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan walaupun saksi kejadian sudah membunyikan hon untuk memberi amaran kepada pemandu tersebut.

Mangsa datang dari arah Kolombong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), dan tidak sempat mengelak hingga berlaku perlanggaran dengan Jeep berkenaan.

Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa putus kaki kanan hingga bahagian betis akibat terkena besi depan kenderaan berkenaan.

Mohd Zaidi berkata, mangsa diberi rawatan awal pasukan perubatan ambulans di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut. Pemandu Jeep tidak cedera dan disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Siasatan masih diteruskan dan sampel darah pemandu Jeep diambil di HQE II dan akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk dianalisis kandungan alkohol dan dadah dalam darah," katanya.

Jeep suspek turut ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA >>> Pemandu Axia Maut Dilanggar Saga Selepas Buat Pusingan-U, Lawan Arus di Plaza Tol
BACA >>> Video Aksi U-Turn Berjemaah yang Salah, Tapi Seragam Macam dalam Formasi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: anggota polis, Auto Terkini, JEEP, kemalangan, kota kinabalu, Motor, Putus kaki, Sabah, Unit Rondaan Bermotosikal (URB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev