• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / WEVC eCV1 - Prototaip Trak EV dengan Kerusi di Tengah dari UK

WEVC eCV1 - Prototaip Trak EV dengan Kerusi di Tengah dari UK

May 22, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BUKAN luar biasa sesebuah kereta ada kerusi di tengah. Contoh popular dapat dilihat pada McLaren F1. Tambahan pula, kerusi jentera lumba formula memang di tengah.

Bukan setakat kereta, lori elektrik Tesla Semi juga ada kerusi di tengah kokpit.

Namun, ada satu lagi pengeluar menggunakan bentangan sebegitu, iaitu Watt Electric Vehicle Company (WEVC) dari Britain yang memperkenalkan prototaip komersial kuasa elektrik eCV1.

Prototaip WEVC eCV1 itu diperkenalkan sempena Pameran Kenderaan Komersial (CVS) di NEC, Birmingham, bulan lalu.

Trak 2-kerusi itu ditayangkan di ruang reruai ETRUX, iaitu pakar kenderaan komersial elektrik dan rakan WEVC.

WEVC eCV1 dibangunkan daripada platform kenderaan elektrik (EV) fleksibel yang membolehkan rekabentuk kenderaan komersial dibina bagi memenuhi keperluan pelanggan.

WEVC eCV1 Commercial Vehicle Show Prototype.01
WEVC eCV1.03

Satu kelebihan utama platform itu, kabin ergonomik dengan kedudukan di tengah membolehkan pemandu keluar dari sisi bahu jalan, dan boleh dipasang satu, dua atau tiga kerusi.

Pemandu dan penumpang juga boleh masuk dan keluar dari mana-mana pintu kerana mempunyai ruang kepala luas. Satu lagi yang utama, kedudukan di tengah memberi manfaat dari segi sudut pandang baik dan lebih selamat untuk pemandu dan pengguna jalan raya lain.

Dari segi rekabentuk, kedudukan di tengah juga membolehkan bahagian depan lebih kecil dengan berat badan baik sebagai kenderaan komersial cekap tenaga.

Platform ringan PACES yang digunakan WEVC eCV1 itu menyumbang kepada chassis cab (kepala lori) dengan berat badan daripada 1,750kg. Spesifikasi teknikal terperinci belum didedahkan. Selepas pameran, program ujian dan pembangunan akan diteruskan.

BACA >>> Restorasi Sempurna, McLaren F1 Ini Ibarat Baru Keluar dari Kilang
BACA >>> #TahukahAnda: Timing Belt vs Timing Chain, Mana Satu Lebih Baik?

WEVC eCV1 Prototype.03
WEVC eCV1 Commercial Vehicle Show Prototype.01
WEVC eCV1 Commercial Vehicle Show Prototype.02
WEVC PACES platform
WATT eCV1 PACES PLATFORM.04
WEVC eCV1.01
WEVC eCV1.02
WEVC eCV1.03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), trak EV, Watt Electric Vehicle Company, Watt Electric Vehicle Company (WEVC), WEVC, WEVC eCV1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev