FRANCESCO Bagnaia aka Pecco hilang kata-kata ketika menceritakan kemalangan yang menyebabkan dia terlepas kedudukan kedua dan peluang merangkul kemenangan GP Argentina 2023, semalam.
Juara dunia musim lalu menamatkan aksi Sprint di tempat keenam sehari sebelum final Ahad lalu dalam cuaca kering. Pecco banyak menghabiskan masa di posisi kedua antara pendahulu perlumbaan, Alex Marquez dan Franco Morbidelli (tempat ketiga).
BACA >>> #MotoGP2023: Bezzecchi Juara GP Argentina! Tanda Kebangkitan Pasukan Rossi?
BACA >>> Rossi: "Ducati Nak Aku Tolong Test Prototaip 2023 untuk Pecco"
Bagaimanapun, pelumba Itali itu hilang kawalan bahagian depan jentera Ducati. Pecco berkata;
Aku terbabas. Jujurnya, aku kecewa sangat. Aku eksiden yang kami tak faham. Kadang-kadang kau terbabas dan kau menang... Tak tau sebab apa dan benda ni paling susah nak faham, paling susah kami nak belajar.
"Sepanjang 16 lap tu, aku ride sama tapi lap ini, aku pula terbabas. Ini bukan kemalangan biasa sebab bila kau hilang (kawalan) depan, puncanya sebab terlebih brek atau lepaskan brek terlalu awal.
"Hari ini (semalam), aku hilang depan sebab pulas minyak. Jadi, ini satu benda lagi susah nak faham. Pendek kata, aku buat silap.
"Aku harap tahun ni nak dapat jadi rider lebih bagus, lebih tepat, tanpa kesilapan, buat benda lebih bagus tapi dalam race kedua (musim 2023) aku dah terbabas. Jadi, benda macam ni buat aku jadi cukup marah."
Insiden berlaku semalam ada sedikit persamaan dengan kemalangan dialami pelumba Itali itu pada aksi pembukaan musim lalu. Bagaimanapun, Pecco kembali bangkit dari kutipan 91 mata hingga bergelar juara dunia.
Pecco berkata;
Aku rasa hebat. Tanpa memaksa, tanpa buat kerja gila, aku ada di posisi kedua. Aku tau Marco jauh ke depan, kira jarak masa 5 saat dengan aku.
"Aku cuma kawal (ruang) antara Alex. Itu saja. Sebab itu buat aku lebih sedih. Sebabnya, bila kau kawal, kau takkan terbabas macam ni dan ini suatu benda aku perlu faham."
#ArgentinaGP 🇦🇷
Hard to explain, hard to accept, but that’s how it was.
Head down and back to work.
Sorry Team @ducaticorse,
See you in Austin! pic.twitter.com/wcti5GZfsu— Pecco Bagnaia (@PeccoBagnaia) April 2, 2023
Pecco tidak menyerah kalah, dan kembali meneruskan perlumbaan dengan melepasi garisan penamat di tempat ke-16 yang menyebabkan dia hilang gelaran peneraju kutipan mata kepada Marco Bezzecchi (beza 9 mata).
Menurutnya;
Aku gembira untuk Marco, aku rasa dia benar-benar layak muncul juara. Dia memang sukar dipintas sepanjang minggu ini (semalam) dan memang kompetitif.
"Dia catat kemenangan pertama Moto3 di sini dan ini pula kemenangan pertama MotoGP (lokasi sama). Dia patut rasa bangga dengan diri sendiri dan aku rasa dia akan jadi lebih sengit sepanjang musim ini."
BACA >>> Lepas Hilang RNF, Yamaha Tak Mahu Anggap Pasukan Satelit 'Lubuk Buat Duit'
BACA >>> 42 Perlumbaan, 21 Pusingan dalam Kalendar MotoGP 2023, Aksi Sepang Anjak ke November
SUMBER: Crash
Leave a Reply