• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

March 30, 2023 By Han Othman Leave a Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEMBAGA  Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak berkaitan akan menjadikan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) sebagai lokasi pelaksanaan bukti konsep (POC) untuk Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang pertama di Malaysia.

Pelaksanaan itu akan menggunakan gabungan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dan Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR) selewat-lewatnya penghujung Oktober 2023.

BACA >>> 12 Lorong RFID Lebuhraya PLUS Selesai Tambah, Siap Lebih Awal

Gabungan teknologi RFID dan ANPR ialah teknologi yang sudah diteliti dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Teknikal MLFF, Makmal Penilaian Nilai (Value Assessment) dan Makmal Kejuruteraan Nilai (Value Engineering) yang sudah diadakan dengan penglibatan agensi teknikal terlibat.

Pelaksanaan POC menerusi struktur gantri MLFF skala sebenar bertujuan menguji dan menentusahkan kecekapan sistem bahagian depan (front end) gantri MLFF terhadap Petunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan dalam operasi lebuh raya kelak.

Komitmen dan sokongan berterusan pengguna sangat diharapkan untuk penambahbaikan operasi lebuh raya bertol negara ini.

BACA >>> LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi untuk Sistem Bayaran Tol Terbuka
BACA >>> Lima Lebuh Raya Lembah Klang Guna Sistem Bayaran Tol Terbuka September Ini

Related

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), Auto Terkini, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Lebuh Raya, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my