• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Pengguna Wanita Dianggap Bahaya, Tidak Cekap di Jalan Raya

#TahukahAnda: Pengguna Wanita Dianggap Bahaya, Tidak Cekap di Jalan Raya

February 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TAHUKAH anda, pengguna wanita di jalan raya sama ada untuk memandu atau menunggang kerap dijadikan sasaran pelecehan jantina, terutama kaum lelaki.

Benarkah pengguna wanita membahayakan keselamatan pengguna lain ketika di jalan raya?

Pengguna wanita dianggap memiliki kemahiran memandu yang kurang baik, dan lambat menyesuaikan diri. Ketika memandu, kaum wanita dikatakan tidak mempunyai kemahiran dan kemampuan naluri sebaik lelaki.

Pengasas dan Pengarah Perunding dan Pemanduan Defensif Jakarta (JDDC), Jusri Pulubuhu dipetik Kompas.com berkata, pengguna wanita memerlukan lebih masa untuk memahami kondisi jalan raya dan cara operasi kenderaan.

Itu memang naluri, tapi kita tidak boleh mengatakan semua wanita sama. Ada yang kemahirannya bagus, tapi tindak balas terhadap bahaya sedikit lambat," kata Jusri.

Situasi itu membuatkan pengguna lain keliru dengan apa mahu dilakukan pengguna wanita ketika berada di jalan raya.

Jusri berkata, keputusan dan langkah diambil pengguna wanita di jalan raya sering tidak sesuai dan tidak mengambil kira sama ada selamat atau tidak.

Menurutnya, kebanyakan wanita takut mengambil risiko. Situasi sesak dengan bilangan kenderaan tinggi sering dianggap seperti ancaman kepada kaum wanita di jalan raya.

Ramai wanita yang tiba-tiba takut apabila melihat kenderaan lain bergerak laju seakan hilang kesedaran diri dan keyakinan diri buat seketika," katanya.

Sementara itu, Pengarah Latihan Perunding Defensif Keselamatan Indonesia (SDCI), Sony Susmana berkata, teknik dan penguasaan kenderaan lemah dalam kalangan pengguna wanita boleh dilatih, tetapi pengajar perlu memberikan perhatian kepada aspek psikologi dan kebolehan semula jadi dimiliki pelajar.

Persoalannya, adakah anda setuju dengan kenyataan itu? Bagi kami, lelaki atau perempuan sama saja apabila berada atas jalan raya. Ada yang bijak, ada yang benak. 😆

BACA >>> Video Wanita Rosakkan Skuter Kena Tarik Sebab Tak Bayar Ansuran
BACA >>> Cinta Tak Jadi, Wanita Langgar Pagar Rumah Bekas Teman Lelaki

SUMBER: Kompas.com

Related

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: berbahaya, Defensif, Indonesia, Jakarta Defensive Driving and Consulting (JDDC), Jusri Pulubuhu, perempuan, Safety Defensive Consultant Indonesia (SDCI), Sony Susmana, wanita

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev