• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Mahu Pasang Panel Paparan LED di Gril Depan Kenderaan?

Hyundai Mahu Pasang Panel Paparan LED di Gril Depan Kenderaan?

February 21, 2023 By Shawkath Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HYUNDAI mungkin mengusahakan rancangan pemasangan skrin paparan LED ke dalam gril untuk model-model kenderaan akan datang

Perkara itu dilaporkan terdedah menerusi satu forum Texas Instruments dengan seorang individu mengenal pasti Hyundai sebagai pelanggan akhir projek paparan matriks LED berwarna penuh yang akan digunakan untuk gril hadapan kenderaan.

Maklumat bocor itu nampaknya berasas dengan Hyundai pernah menunjukkan minat mahu membina satu sistem pencahayaan pintar di dalam gril dan paparan LED.

Pengeluar kenderaan Korea Selatan itu mungkin sedang menyiapkan bukti konsep fizikal (PoC) sebelum membuat persediaan dan perancangan mengikut skala untuk model kereta akan datang.

Laporan menjelaskan paparan itu bukannya jenis resolusi tinggi tetapi satu grid susunan LED dengan susun atur 71 x 33.

Ada kemungkinan Hyundai menggandakan atau mencantum unit-unit paparan lebih kecil untuk meluaskan saiz liputan atau memancarkan output pada resolusi yang lebih tinggi. Belum ada kepastian model mana akan menerima teknologi canggih ini.

Bagaimanapun, Hyundai dikatakan pernah memberi bayangan bahawa teknologi terbaharu lazimnya dipasang pada model-model kereta elektrik.

Sebelum ini, Ioniq 7 pernah dipertonton dengan paparan LED matriks besar pada bahagian gril (lihat foto bawah).

Ioniq 7 Konsep - 1
Ioniq 7 Konsep - 0

The Drive melaporkan jurucakap Hyundai enggan memberi sebarang komen tentang maklumat bocor berhubung aplikasi skrin paparan di gril hadapan.

BACA >>> Crossover Bajet dengan Nama Singa Lion King, Hyundai Mufasa Bakal Lancar di China
BACA >>> Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
BACA >>> Kajian: Hyundai Tucson Dipilih Kereta Paling Puas Hati Pembeli UK
BACA >>> Hyundai Bina Hotel Pertama Dunia Dikuasakan Kereta Elektrik!
BACA >>> Lebih 37,000 Unit Hyundai Ioniq 6 Ditempah dalam 24 Jam di Korea Selatan

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, hyundai, Roda4, skrin paparan, Texas Instruments

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev