• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lapangan Terbang Subang Bakal Jadi Hab Aeroangkasa Serantau, Premium 

Lapangan Terbang Subang Bakal Jadi Hab Aeroangkasa Serantau, Premium 

February 7, 2023 By Sharil Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERAJAAN bersetuju memulakan pelan pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang untuk menjadi lapangan terbang bandar premium dan hab aeroangkasa dalam pusat bandar.

Digelar Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sudah membentangkan SARP yang awalnya dicadangkan Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Kabinet pada 2 Februari lalu.

BACA >>> Menteri Kata ERL KLIA Ekspress Paling Pantas dan Selamat, Tapi Netizen Minta Turun Harga
BACA >>> Kecederaan Kepala Punca Juruterbang Eurocopter Maut

Pelan tersebut kini mendapatkan kelulusan Kabinet untuk penggubalan rangka kerja selepas pertimbangan dibuat. Loke berkata;

Melalui SARP, LTSAAS akan berubah menjadi hab penerbangan serantau dengan kapasiti maksimum 8 juta penumpang tahunan."

Menurutnya, ada tujuh komponen digariskanSARP iaitu:

  • Pusat industri aeroangkasa
  • Pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih
  • Pusat penyelidikan dan pembangunan
  • Operasi penerbangan am
  • Operasi penerbangan perniagaan
  • Mobiliti udara bandar
  • Operasi penerbangan komersial serantau

Mengulas lanjut, SARP juga akan memperkenal semula penerbangan penumpang komersial berjadual dan penerbangan kargo menggunakan jet badan kecil hingga saiz A320/B737 atau pesawat setara yang sudah dihentikan sejak 2002.

Apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mula beroperasi pada 1998, lapangan terbang ini secara beransur-ansur menghentikan operasi dan enjin jet tidak dibenarkan beroperasi, manakala pesawat turboprop seperti dikendalikan Firefly dan Malindo Air kekal beroperasi untuk melayani penerbangan domestik.

"Salah satu perubahan dasar terbesar adalah Kerajaan kini membenarkan jet badan kecil beroperasi semula di lapangan terbang ini, tetapi untuk ini berlaku mesti ada pembangunan semula (terminal lapangan terbang)," kata Loke.

Loke berkata lagi, pembangunan semula Lapangan Terbang Subang bukan bertujuan menggantikan pintu masuk antarabangsa utama negara iaitu KLIA di Sepang, tetapi diubah menjadi lapangan terbang bandar yang melengkapkan KLIA seperti Lapangan Terbang London City di Britain.

Langkah seterusnya adalah MAHB memuktamadkan pelan perniagaan terperinci, termasuk penglibatan dengan pihak berkepentingan dan pemain industri berikutan anggaran kos akhir pembangunan semula lapangan terbang itu akan diumumkan sebaik saja dibentangkan semula kepada Kabinet seawal Mac depan.

Mengenai penggantungan sementara perkhidmatan Skypark Link antara KL Sentral dan Subang Skypark bermula 15 Februari ini dan seterusnya, Loke menjelaskan keputusan itu akan ditarik balik selepas pembangunan semula lapangan terbang selesai.

Perkhidmatan Skypark Link digantung berikutan jumlah penumpang lemah, iaitu kurang 100 penumpang setiap hari.

BACA >>> Curi Bas Tentera untuk Jemput Diplomat Misteri di Lapangan Terbang
BACA >>> Lapangan Terbang Sandakan Siap Dinaik Taraf, Bakal Rancak Sektor Pelancongan

SUMBER: Malay Mail

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, hab aeroangkasa, Lapangan Terbang Subang, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, MAHB, Menteri Pengangkutan, Penerbangan, Remove term: Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Skypark Link, Subang Airport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev