• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BAC Mono - Kereta Formula dari Liverpool ke California

BAC Mono - Kereta Formula dari Liverpool ke California

February 23, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAC adalah singkatan kepada Briggs Automotive Company, syarikat pengeluar kereta super tempahan khas berasal dari Liverpool, England. Syarikat itu diasaskan dua beradik, Ian dan Neill Brigss yang mengeluarkan kereta super Mono dengan rekabentuk seperti kereta lumba satu tempat duduk atau dipanggil kereta formula.

Sejak dilancarkan pada 2011, BAC Mono memang mendapat sambutan dan kini sudah pun berada di pasaran utama dunia seperti Hong Kong, Jepun dan London. Sewaktu pelancaran di Hong Kong, sebanyak lapan unit BAC berjaya dijual dalam satu malam sahaja.

MASUK PASARAN AS

Terkini, syarikat itu melancarkan BAC USA Inc, antara langkah pertama pengembangan syarikat itu ke pasaran Amerika Utara. Tidak sahaja memfokuskan kepada jualan, BAC juga bakal membuka kilang pemasangan dan pusat penyenggaraan  di Amerika Syarikat (AS). Strategi ini nampaknya senada dengan dasar Donald Trump, Presiden baharu AS yang mementingkan pelaburan dalam negara.

BAC USA yang berpengkalan di Sonoma, California bakal diketuai Mark Rayner yang mempunyai pengalaman luas dalam industri automotif. Malah, BAC mensasarkan membuka lapan hingga 10 pengedar di AS dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pembukaan operasi di AS adalah berdasarkan kajian industri mendalam. AS ialah pasaran kereta super terbesar dan bermaklumat di dunia, dan salah satu strategi jualan global teratas buat syarikat kami.

"BAC Mono terkini dibekalkan enjin 4-silinder 2.5L Mountune berkuasa 305hp. Kereta dengan berat hanya 580kg itu mampu memecut 0-99.7kmj dalam masa 2.8 saat sahaja."

- Neill Brigss, Pengasas bersama dan Pengarah Pembangunan Produk BAC

BAC baru-baru ini melancarkan roda hibrid karbon atau carbon hybrid wheel dan mengumumkan penggunaan grafin (graphene), sejenis material yang 20 peratus lebih ringan berbanding gentian karbon dan 200 kali lebih kuat berbanding besi. Menarik tentang BAC Mono, jenama itu masih mengekalkan tradisi pembuatan kereta British yang menggunakan barang, alat ganti dan perkakasan yang bersumberkan negara Inggeris itu.

BAC Mono
BAC Mono 2017.02
BAC Mono 2017.03

 

Related

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BAC, BAC Mono, Briggs Automotive Company, Ian Briggs, kereta formula, Kereta Sport, Neill Briggs, Roda 4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev