• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lamborghini Dipandu Pemandu Singapura Rempuh Toyota Altis Sampai Trak Pikap Terbalik di Thailand

Lamborghini Dipandu Pemandu Singapura Rempuh Toyota Altis Sampai Trak Pikap Terbalik di Thailand

November 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMBORGHINI Aventador dengan nombor plat merah yang dipandu lelaki Singapura dilaporkan merempuh beberapa kenderaan di Laluan Bertol Don Muang di Thailand, pagi Sabtu lalu hingga menyebabkan beberapa mangsa cedera.

Menurut laporan, kemalangan melibatkan supercar kuning keemasan itu berlaku di laluan tol arah selatan bertol dekat Lapangan Terbang Don Mueang.

BACA >>> Pengasas Kosmetik Buat Konten Berlagak Tayang Lamborghini di Langkawi Dikecam
BACA >>> Selesai Restorasi, Traktor Lamborghini Catat Harga Jualan RM213k!

Di lokasi kemalangan, petugas kecemasan dan polis mendapati beberapa tiang lampu dan sebahagian pengadang jalan berselerak atas laluan bertingkat di situ.

Sebuah trak pikap Toyota Vigo didapati mengalami kerosakan teruk pada bahagian depan dalam keadaan terbalik berhampiran sedan Toyota Altis, manakala Lamborghini itu pula ditemui tidak jauh dari dua model Toyota tersebut.

Lima mangsa cedera, iaitu pasangan suami isteri yang berada dalam trak pikap, dan tiga penumpang lain dalam Altis. Semua mangsa dibawa ke Hospital Vimut di daerah Phaya Thai.

Siasatan awal mendapati suspek warga Singapura berumur 53 tahun memandu laju dalam 'keadaan tidak dijangka' sebelum merempuh Altis.

Impak perlanggaran menyebabkan Altis terbabas dan merempuh pengadang jalan sebelum dirempuh trak pikap Vigo dari belakang sebelum turut terlanggar pengadang jalan sama serta terbalik.

Pemandu Lamborghini disahkan tidak cedera, dan ditahan polis Thailand untuk disoal siasat. Pihak berkuasa juga sedang meneliti rakaman kamera tertutup (CCTV) di lokasi kemalangan sebelum membuat keputusan sama ada mendakwa atau sebaliknya.

Kereta dengan nombor plat merah perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa jika pemilik mahu menggunakan kenderaan itu pada waktu malam atau keluar ke kawasan lain dari tempat kereta itu didaftarkan.

BACA >>> Risiko Pintu Gagal Buka: Lamborghini Panggil Balik 21 Unit Huracan Evo, STO di AS
BACA >>> Isteri Usia 19 Tahun Hadiahkan Suami Lamborghini Sempena Tolong Jaga Pantang Nanti

SUMBER: TheThaiger

Related

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, berita global, Kemalangan Thailand, Lamborghini Aventador, Lamborghini Kemalangan, Polis Thailand, Roda4, Toyota Altis, Toyota Vigo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev