BERBEKALKAN satu kamera DSLR, 2,790 keping foto, pelbagai rakaman bunyi asli dan 66 model kenderaan tuangan terap (diecast) berskala 1:43 seperti kereta, bas, trak dan trem pada era Komunis, pengguna YouTube dari Hungary, Modellauto Channel berjaya menghasilkan video gerak-henti (stop-motion) dengan cukup mengagumkan.
Setiap pergerakan dalam video tersebut dikatakan memerlukan penggunaan foto pegun sebanyak 15 frem per saat, tidak ubah seperti teknik animasi. Apa dipaparkan ialah suasana jalanan di ibu kota Budapest pada era 1980-an.
Memeriahkan rakaman video tersebut ialah aksi kereta berlumba di jalanan membabitkan jentera rali kegemaran rakyat Hungary, Lada VFTS selain Fiat 131 Abarth era komunisme dan Skoda 130RS, iaitu sebuah kereta enjin belakang dengan penyejukan udara ala Porsche 911 dari Czechoslovakia.
SUMBER: Popular Mechanics
Leave a Reply