• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Guna Van Tempat Kerja untuk Curi Motor, Geng Apik Setan Kecundang

Guna Van Tempat Kerja untuk Curi Motor, Geng Apik Setan Kecundang

September 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GUNA van tempat kerja untuk curi motosikal. Inilah kisah Geng Apik Setan yang tumpas selepas empat anggota kumpulan jenayah itu ditangkap polis di Kuching, Sarawak.

Modus operandi Geng Apik Setan memang licik, iaitu merosakkan kunci motosikal mangsa sebelum diangkat dan diletakkan dalam van. Kumpulan penjenayah itu kemudian akan bergerak ke kawasan sempadan di daerah Bau untuk dijual kepada pembeli dari negara jiran, Indonesia.

Semua suspek Geng Apik Setan ialah lelaki warga tempatan, berumur antara 21 dan 40 tahun yang dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini. Dua jenama motosikal popular kerap menjadi sasaran, iaitu Yamaha dan Honda.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kumpulan itu ditahan pasukan khas Ops Lejang pada 20 September lalu. Polis turut merampas tiga motosikal dan van jenis Toyota Hiace, milik sebuah syarikat yang juga tempat kerja salah seorang anggota kumpulan berkenaan.

Susulan tangkapan itu, polis dapat menyelesaikan 15 kes kecurian motosikal dalam daerah Kuching dengan anggaran kerugian kira-kira RM60,000.

Ahli Geng Apik Setan terdiri daripada bekas kumpulan penjenayah lain yang lumpuh sebelum ini dengan memiliki rekod jenayah lampau seperti curi kenderaan, samun dan dadah.

Malah, ada 15 kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun, termasuk denda.

BACA >>> Tingkatan Dua Sudah Masuk Geng Curi Motor
BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!
BACA >>> Beli Motosikal Curi, Lelaki 54 Tahun Dihukum Penjara 6 Bulan

Related

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahsmon Bajah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, Auto Terkini, Curi Motosikal, Geng Apik Setan, Geng Curi Motosikal, Ops Lejang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev