• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Paris Perkenal Pelekat Kod-Warna untuk Kenderaan Diesel, Dilarang Masuk Bandar

Paris Perkenal Pelekat Kod-Warna untuk Kenderaan Diesel, Dilarang Masuk Bandar

January 29, 2017 By Han Othman Leave a Comment

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

pelekat-kod-warna-paris-bg
BUKAN saja Malaysia, Paris dan bandar-bandar besar Eropah lain pun turut bergelut dengan masalah pencemaran alam sekitar disebabkan kenderaan bermotor. Namun, Paris menyalahkan kenderaan diesel sebagai penyumbang terbesar kepada masalah tersebut.

Justeru Paris mengumumkan dasar CRIT'Air menerusi pengenalan pelekat kod-warna untuk kenderaan diesel, termasuk penguatkuasaan larangan memasuki ibu kota bergantung kepada warna pelekat yang ditampal.

Pengumuman dasar itu turut dialu-alukan pihak polis di bandar raya itu kerana memudahkan mereka mengawal kenderaan diesel dalam bandar. Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat menganggarkan berapa banyak kenderaan yang akan terjejas disebabkan sistem tersebut.

pelekat-critair-paris
Sistem kod-warna turut mengharamkan semua kereta diesel yang dibina antara Januari 1997 dan Disember 2000 (pelekat kelabu) daripada memasuki Paris. Dianggarkan sebanyak enam peratus daripada 32 juta kenderaan bakal terjejas akibat larangan tersebut.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berharap dapat melanjutkan pengharaman tersebut kepada semua kenderaan diesel yang dibina antara 2001 dan 2005 (yang memakai pelekat cokelat), membabitkan 14 peratus daripada semua kenderaan di Perancis.

DULU BERSIH, SEKARANG KOTOR

pencemaran-udara-paris

Suatu masa dulu, kenderaan diesel pernah dipromosikan ke seluruh Eropah sebagai kenderaan yang lebih bersih dan mesra alam sekitar.

Namun, pihak berkuasa kesihatan menyalahkan kereta diesel sebagai punca kepada masalah pernafasan dan kemerosotan kualiti udara seluruh rantau itu yang menyumbang kepada beribu-ribu kematian setiap tahun akibat pelepasan emisi daripada kenderaan diesel.

Paris bukanlah satu-satunya negara seluruh dunia yang merancang mengawal ketat kenderaan diesel dalam usaha membersihkan udara di ibu kota. Turut sama bersama Paris ialah Madrid (Sepanyol), Athens (Greece) dan Bandar Mexico (Mexico). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa terdapat kira-kira tiga juta kematian dicatatkan setiap tahun yang berpunca disebabkan pencemaran udara.

Persoalannya, apakah sistem kod-warna ke atas kenderaan diesel di Paris dan larangan memasuki bandar raya itu akan menyebabkan jualan kenderaan diesel di negara berkenaan bakal terjejas? Apakah pada masa sama situasi tersebut akan membantu mempercepatkan peralihan teknologi automobil yang lebih mesra alam seperti kenderaan hibrid dan elektrik (EV).

Di Malaysia, tidak sampai sebulan lalu, seorang menteri pernah mengusulkan cadangan mahu mengharamkan motosikal jenis kapcai daripada memasuki ibu kota Kuala Lumpur atas alasan sama, iaitu mengurangkan pencemaran udara.

BACA >>> Apa Terjadi Kalau Bandar Raya Kuala Lumpur Tanpa Kapcai?

Namun, cadangan tersebut ditentang dan dikritik orang ramai yang disifatkan tidak munasabah kerana dilihat cuma menyasarkan kapcai yang banyak ditunggang golongan berpendapatan rendah. Malah, jika mahu dikaitkan dengan situasi semasa dihadapi bandar-bandar Eropah masa kini, cadangan itu jauh tidak relevan. Ini kerana kenderaan diesel yang sepatutnya diharamkan terlebih dahulu daripada memasuki Kuala Lumpur, seperti mana dilakukan Eropah.

SUMBER: Practical Motoring

Related

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, CRIT'Air, kenderaan diesel dilarang masuk Paris, Paris, pelekat kod-warna, Perancis, sistem kod-warna

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev