TESLA Model Y sudah menempah nama sebagai crossover elektrik paling dominan dari segi jualan dan dijangka dinobatkan sebagai kereta jualan terbaik dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk mendakwa Model Y akan menjadi kenderaan jualan terbaik dunia berdasarkan perspektif perolehan tahun ini.
BACA >>> Tesla Model Y Buka Tempahan, Harga Bermula AS$39k (RM158.9k) untuk Varian Standard
BACA >>> Geram Bateri Mahal Sangat, Pemilik Tesla Model S Upah Syarikat Dinamit Letupkan Kereta
Menurutnya, Model Y juga akan menjadi kereta nombor satu dunia dari segi jumlah jualan keseluruhan pada 2023. Buat masa ini, Toyota Corolla memegang status sebagai kenderaan paling laris dunia dengan jualan kira-kira 1,150,000 unit sepanjang tahun lalu.
Sebagai perbandingan, Tesla (semua model) mencatat jualan 936,222 unit kenderaan sepanjang 2021. Bagaimanapun, pengeluar itu sedang meningkatkan jumlah jualan setiap tahun dan mahu mencapai sasaran 1.3 juta unit kenderaan tahun ini.
BACA >>> Toyota Corolla - Kereta Paling Laris Dunia, Terjual Setiap 28 Saat
Ketika pengeluar automotif lain berdepan isu kekurangan bekalan, dua kilang Tesla di Giga Texas (foto atas) dan Giga Berlin sedang beroperasi pada tahap kapasiti penuh yang menandakan Model Y berpotensi mencapai impian kereta nombor satu dunia berdasarkan jumlah jualan.
Tesla kini menjual kira-kira 150,000 unit Model 3 dan Model Y setiap tiga bulan.
BACA >>> Pencabar Tesla Model 3, Changan C385 yang Lebih Murah dengan Jarak Pemanduan 712km
BACA >>> Anak Malaysia Jadi Pengajar Latihan Robotik di Tesla
BACA >>> Tesla Tunda Rancangan Cybertruck dan Semi, Mahu Beri Fokus Penuh Pada Model Y
BACA >>> Tesla Paling Popular YouTube Sepanjang Setahun!
SUMBER: InsideEvs
Leave a Reply