PASTI ramai teringat pengalaman kali pertama memandu kereta, terutama ketika menjalani sesi berlatih memandu sendiri di pusat memandu untuk mendapatkan lesen sah.
Naik bukit dan mengundur itu menjadi antara pengalaman paling mendebarkan kerana ketika itu semua perlu belajar memandu kereta dengan transmisi manual. Babak terlanggar pengdang dan tiang parkir pula sudah jadi aksi biasa. Malah ada yang disuruh pengajar belok ke kiri, tetapi ke kanan pula dipusingnya.
@irfuans Lain kali cikgu2 jangan bagi student bawak sendiri kalau tak cekap lagi aihhh 🤣#foryoupage #eksidenn#latihanmemandu#alorsetar
Pahit manis belajar memandu itu pasti sukar dilupakan. Inilah kisah menimpa seorang pelajar di satu pusat latihan memandu di Alor Setar, Kedah.
Satu video tular menunjukkan kondisi sebuah kereta memandu jenis Perodua Axia mengalami kerosakan pada depan, termasuk kemek pintu dan sisi kanan.
Rakaman video dikongsikan pengguna TikTok @irfnhkim9 menunjukkan kereta kompak putih itu tersangkut (mungkin roda) dalam longkang di pusat latihan memandu berkenaan.
Berdasarkan perkongsian, guru pengajar di pusat latihan memandu berkenaan meninggalkan pelajar berkenaan untuk pergi ke tandas.
Khabarnya, itu kali pertama pelajar tersebut memasuki trek belajar memandu dan sedang berlatih melakukan zig-zag. Pelajar itu dikatakan panik dan terpijak pedal minyak hingga kereta dipandunya terlajak hampir 70 meter sebelum ‘tersangkut’ dalam longkang.
Ramai netizen terhibur melihat insiden berkenaan kerana menggamit memori ketika masing-masing belajar memandu. Ada berkongsi cerita detik ‘memanjat divider’ dan pengalaman pertama memegang stereng.
Ada netizen mendakwa pelajar itu masih gementar dan tidak dapat membezakan pedal brek dan pedal minyak yang menyebabkan dia terbabas.
Apapun, kami berharap pelajar terbabit tidak putus asas dan tidak fobia meneruskan ujian untuk mendapatkan lesen memandu sah. Jangan trauma, kekal cool dan semoga berjaya!
BACA >>>Â Ujian Memandu Guna Sistem e-Testing Mula April Ini, Tiada Lagi Pegawai JPJ di Sebelah
BACA >>>Â Baru Lulus Ujian Memandu Tidak Sampai Sejam Sudah Kena Gantung Lesen
BACA >>>Â #TahukahAnda: Berapakah Jenis Lesen Memandu di Malaysia?
BACA >>>Â Permit Sekolah Memandu Boleh Batal, Gantung Jika Ramai Terbabit Kemalangan, Buat Salah
BACA >>>Â Menteri: Batal Permit Institut Memandu Cuma Pendapat Peribadi JPJ, Bukan Kementerian
Leave a Reply