• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Bangladesh, Yamaha YZF-R15M (2022) Bakal Lancar di Malaysia?

Selepas Bangladesh, Yamaha YZF-R15M (2022) Bakal Lancar di Malaysia?

June 24, 2022 By Shawkath Leave a Comment

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Bangladesh baru-baru ini menyiarkan iklan tawaran sportbike terbaharu, Yamaha YZF-R15M (2022) yang ditawarkan pada harga 555,000 taka (RM26,320).

R15M (2022) versi Bangladesh itu dipacu trenkuasa silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem injap variale VVA berkuasa 18.4hp @ 10,000rpm, dan tork 14.2Nm @ 7,500rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha YZF-R15 Connected vs R15M (2022) Indonesia, Apa yang Berbeza?
BACA >>> Yamaha R15M, R25 World GP 60th Anniversary Edition Kini di Indonesia, Harga Mula RM12k

R15M (2022) itu mampu mencapai kelajuan maksimum 140kmj, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 10.1 saat.  Trenkuasa disahkan patuh emisi BS6 yang menandakan model itu buatan India.

Seperti diketahui, India dan Indonesia ialah dua negara awal melancarkan R15M dan nampaknya, pelanggan Malaysia juga berpeluang membeli sportbike tersebut tidak lama lagi.

Menariknya, satu klip video 23 saat turut dikongsi Facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia yang memaparkan visual ibu kota dan aksi tunggangan trek tanpa mendedahkan jenis model ditunggang. Apa yang pasti, kapsyen menyata itu ialah model M-Series.

Jika benar R15M akan ditawarkan, model itu akan memberikan saingan sengit dalam segmen sportbike 150cc yang disaingi dua model popular Jepun, Suzuki GSX-R150 (2022) dan Honda CBR150R.

Ini memberikan lebih banyak alternatif kepada pengguna kerana ada banyak pilihan untuk pembelian sportbike.

BACA >>> Yamaha YZF-R15 V4 dan R15 M (2022) Lancar Di India, Harga Mula RM9.5k!
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R

Related

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), roda2, Yamaha Motor Bangladesh, Yamaha YZF-R15M (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev