KEBELAKANGAN ini pengeluar automotif dari Jepun giat membangunkan teknologi enjin berasaskan gas hidrogen sebagai bahan api. Terbaharu, pengeluar komponen kereta dan peralatan daripada Jerman, Bosch mengumumkan pelaburan €1 bilion (RM4.63 bilion) dalam teknologi tersebut.
Bosch berpendapat sel bahan api hidrogen mampu menambah jarak bateri litium-ion yang digunakan kenderaan elektrik (EV) atau hibrid. Pada masa sama, pembakaran hidrogen tidak menghasilkan emisi ekzos yang merosakkan alam sekitar. Ini kerana gas hidrogen memerlukan oksigen untuk dibakar.
BACA >>> Kenapa Jika Ramai Rakyat Brazil Guna Kereta Elektrik, Harga Gula Dunia Turun?
Namun, tidak seperti pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan pelbagai gas dan bahan buangan tidak mesra alam, sebaliknya pembakaran gas hidrogen menghasilkan air (H+O2 = H2O).
Bagi menghasilkan hidrogen, ia mestilah dileraikan daripada air melalui proses elektrolisis. Hasil proses elektrolisis itu, gas hidrogen dan oksigen dikumpulkan. Namun secara tradisional, cara tersebut menggunakan banyak tenaga elektrik yang dihasilkan melalui pembakaran arang batu atau minyak.
Justeru Bosch akan mendapatkan tenaga elektrik daripada sumber tenaga 'hijau' seperti generator kuasa angin atau tenaga solar.
Satu lagi rintangan dihadapi pembuat sel bahan api hidrogen adalah cara memampatkan gas tersebut dan memastikan ia cukup tumpat untuk pembakaran dalam kebuk pembakaran enjin. Jika tidak cukup tumpat, enjin tidak dapat memampatkan bahan itu untuk memberikan pembakaran yang cukup bertenaga.
Bosch mendakwa akan membuka 4,000 stesen pengisian hidrogen siap dimampat seluruh dunia. Cabaran sekarang adalah sama ada pengeluar kenderaan akan menggunakan kaedah sel bahan api hidrogen untuk kenderaan hibrid dan EV, atau tidak.
Pada masa sama, Toyota juga dilaporkan sedang membangunkan kenderaan dengan enjin hidrogen untuk kederaan empat roda dan dua roda.
BACA >>> Toyota Tayang GR Yaris Guna Hidrogen!
BACA >>> Yamaha Dapat Projek Bangunkan Enjin 5.0L V8 untuk Toyota, Guna Hidrogen!
Leave a Reply