• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Lorong Bercahaya Guna Solar Bantu Pejalan Kaki dalam Gelap

Lorong Bercahaya Guna Solar Bantu Pejalan Kaki dalam Gelap

January 3, 2017 By Han Othman 3 Comments

470
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA masalah pencahayaan di lorong motosikal, basikal dan pejalan kaki bakal selesai apabila sebuah syarikat di Poland menemui sejenis material khas untuk jalan yang mampu menjana cahaya daripada kuasa solar. Menarik bukan?

Lorong basikal berkuasa solar dan mampu bercahaya dalam gelap itu kini sedang diuji dekat bandar Lidzbark Warminski di utara Poland. Material sintetik itu, yang dibangunkan firma kejuruteraan, TPA Instytut Badań Technicznych Sp. z o.o. (TPA), dikatakan mampu menyediakan tempoh pencahayaan sehingga 10 jam apabila dicaj penuh.

BACA >>> Basikal Pakai Halfcut Yamaha NMAX Jadi Perhatian
BACA >>> 10 Tip untuk Penggemar Aktiviti Larian, Jalan Kaki di Jalan Raya

Partikel sintetik - dipanggil luminofores (luminophores) - digunakan untuk mengecaj asfalt dengan cahaya matahari sebelum mengeluarkan cahaya biru menjelang malam atau cuaca gelap.

Konsep lorong basikal bercahaya dalam gelap itu sebenarnya sudah pernah dihasilkan sebuah syarikat kejuruteraan di Belanda, Studio Roosegaarde dengan nama Lorong Basikal Malam Bercahaya.

DALAM FASA UJIAN

Namun, apa yang berbeza, projek Studio Roosegaarde menggunakan teknologi LED dan bersifat sementara. Sebaliknya, projek TPA pula dikuasakan tenaga solar yang umum mengetahui ia sumber tenaga boleh diperbaharui. Bagaimanapun, projek berkenaan masih dalam fasa ujian sebelum dipastikan kesesuaian material itu di kawasan awam.

Jika di Malaysia, semestinya penemuan teknologi tersebut akan banyak membantu memudahkan perjalanan dan keselamatan penunggang motosikal, di mana kita sedia maklum mereka banyak terdedah kepada risiko bahaya yang antara puncanya adalah kurang pencahayaan ketika gelap.

BACA >>>  #TahukahAnda: 5 Kriteria Basikal Keirin yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak

SUMBER:
Telegraph.co.uk
Twistedsifter.com

Related

470
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: asfalt, autotainment, jalan berkuasa solar, lorong basikal bercahaya, lorong motosikal, lorong pejalan kaki, lorong sikal, luminofores, Poland, Studio Roosegaarde, teknologi asfalt, TPA Instytut Badań Technicznych Sp. z o.o.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev