• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UK Uji Projek CAVForth, Perkhidmatan Bas Awam Pandu Sendiri Tanpa Pemandu

UK Uji Projek CAVForth, Perkhidmatan Bas Awam Pandu Sendiri Tanpa Pemandu

May 8, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini tular keupayaan kereta buatan Amerika Syarikat (AS) dipandu di negara kita menggunakan ciri tanpa pemandu , atau secara autopilot.

Begitulah kemajuan teknologi kereta penumpang sekarang, pemandu pun tidak perlu lagi memegang stereng dan kereta dipandu secara automatik. Namun, tahukah ada lagi lebih canggih, iaitu ada pengeluar kereta sedang sibuk membangunkan teknologi autonomi yang bukan setakat tanpa tangan di stereng, tetapi tanpa pemandu!

BACA >>> Projek Bas Elektrik Bermula di Wangsa Maju, 1 November Ini
BACA >>> MGCC, MGBE dan KC Express Jalin Kerjasama Perkenal Bas Elektrik dalam Bandar

Terbaharu, muncul pula kemajuan yang dicapai dalam bidang pengangkutan awam. Bas autonomi saiz penuh pertama Britain diuji di jalan raya Scotland buat kali pertama untuk projek CAVForth, dijadualkan penghujung April lalu.

Syarikat di sebalik ujian ini ialah Stagecoach, iaitu pengendali bas dan koc terbesar Britain yang bekerjasama dengan Fusion Processing, Alexander Dennis dan Transport Scotland.

Projek CAVForth itu dibiayai bersama Pusat Kenderaan Berhubung dan Autonomi milik Kerajaan Britain dengan melibatkan lima bas autonomi setingkat yang beroperasi pada Tahap 4 SAE.

Jalan terlibat pula adalah di Jambatan Forth Road antara Ferrytoll Park and Ride di Fife, dan stesen pertukaran tren dan tram di Edinburgh Park. Bas tersebut menggunakan sensor dan teknologi kawalan canggih CAVstar daripada Fusion Processing yang membolehkan ia melalui jalan yang sudah dipilih awal, tanpa memerlukan kawalan pemandu.

Bas terlibat menyediakan khidmat hingga 36 penumpang dalam jarak lebih 22.5km, dengan kapasiti 10,000 penumpang setiap minggu. Untuk ujian ini, tiada penumpang dibenarkan menaiki bas.

Ujian jalan raya Scotland itu adalah susulan kejayaan ujian terdahulu melibatkan depot bas, ujian litar dan simulasi maya sebagai proses menyempurnakan sistem pemanduan autonomi.

Bagi projek CAVForth, sekitar 500 orang awam membantu memberikan maklum balas tentang apa yang membuatkan mereka selesa dan yakin dalam perjalanan.

Daripada maklum balas itu, rakan kerjasama projek melakar apa dimahukan dalam membangunkan kenderaan autonomi baharu, termasuk memastikan khidmat bas autonomi akan datang mempunyai staf di dalam.

Stagecoach tidak lama lagi akan merekrut lebih 20 pekerja dipanggil Autonomous Bus Professionals (ABP) dengan diberikan latihan khas. Pasukan itu terdiri daripada pemandu bas berpengalaman yang akan mengawasi sistem autonomi, termasuk memberikan penerangan dan jawapan kepada persoalan penumpang.

Mereka juga akan memberikan contoh tentang perkhidmatan pengangkutan awam masa depan apabila staf boleh meninggalkan tempat dan bas dikemudi komputer.

Mungkin ada pengguna takut dengan teknologi sebegitu, tetapi selepas lebih 100 tahun kenderaan bermotor mempunyai pemandu dan mungkin kini sudah tiba masa kita sudah tidak perlu lagi drebar memegang stereng! Malah, teknologi autonomi diuji dan dibenarkan Kerajaan secara berhati-hati dan teliti.

BACA >>> Honda AWV - Kereta Comel, Lasak Tanpa Pemandu untuk Kerja Berat di Tapak Pembinaan
BACA >>> NIO ET5 - Sedan Elektrik China dengan Jarak Pemanduan Hingga 1,000km, Harga RM215k!

Related

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Alexander Dennis, Autonomous, Bas Autonomi, Bas autonomous, Bas Elektrik Autonomi, CAVForth, Fusion Processing, Stagecoach, Transport Scotland

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev