• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Banyak Masalah Kereta Boleh Selesai dengan Sabun Buku?

#TahukahAnda: Banyak Masalah Kereta Boleh Selesai dengan Sabun Buku?

May 2, 2022 By Farah Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DENGAR macam pelik, tetapi tahukah anda ada sesetengah pemandu memang menyimpan sabun buku dalam kereta mereka. Nak tahu tak kenapa?

Mungkin perkara pertama anda fikir, sabun tersebut berfungsi mewangikan kereta, tapi silap. Sebenarnya, ada pelbagai fungsi lain kegunaan sabun untuk kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Guna Sabun Cuci Pinggan untuk Air Wiper?

@cams.auto.tips Do you have a soap in your car? #autotips #TeamUSATryout #cartok #4u ♬ Sunny Day - Ted Fresco

Dikongsi TikTok akaun @cams.auto.tips, ada lima kegunaan sabun buku untuk kereta anda:

  • Pertama: Jika melalui jalan berbonggol dan terdengar bunyi geseran pada pintu, anda boleh cuba sapukan sabun buku pada getah pengedap sekeliling frem tingkap. Bunyi pelik itu secara automatik akan hilang.
  • Kedua: Apabila hujan, cermin depan biasanya akan berkabus hingga mengaburkan pandangan pemandu. Jadi cara paling mudah adalah sapukan sabun buku pada cermin depan kereta sebelah dalam. Kemudian, lapkan sisa sabun buku itu mengunakan kain/tisu, dan masalah cermin berkabus tidak akan berlaku.
  • Ketiga: Jika pintu kereta mengeluarkan bunyi pelik setiap kali buka dan tutup, apa perlu anda buat sapu sabun buku pada stopper pintu. Bunyi itu akan hilang sendiri.
  • Keempat: Perasan tak, setiap kali hujan, cermin sisi kereta akan kelihatan titisan hujan hingga menyukarkan kita melihat objek belakang. Jadi, cuba gosokkan pada permukaan cermin sisi dan kemudian lap dengan kain kering. Hasilnya, titisan hujan tidak akan melekat pada cermin sisi.
  • Kelima: Jika bilah pengelap  sudah tidak berfungsi baik, apa kata cuba sapu sabun buku pada getah bilah pengelap. Ini akan membuatkan bilah pengelap jadi lebih lancar dan tidak tersekat.

Menarik bukan? Harga sabun buku pun murah dan mudah didapati di mana-mana kedai. Jadi jangan lupa, simpan satu dalam kereta anda!

BACA>>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Kereta yang Betul
BACA>>> #TahukahAnda: Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Cuci Kereta

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: basuh kereta, Kegunaan Sabun Buku untuk Kereta, Kereta, Roda4, Sabun, Sabun Buku, tahukah anda, TikTok, Tip Auto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev