• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gurau Cabut Stereng ketika Memandu, Sekali Tak Dapat Pasang Balik

Gurau Cabut Stereng ketika Memandu, Sekali Tak Dapat Pasang Balik

April 4, 2022 By Farah Leave a Comment

995
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERGURAU senda dengan rakan memang seronok, tetapi ada batasnya kerana tidak semua perkara boleh dibuat bergurau. Kadangkala gurauan itu boleh makan diri seperti apa menimpa pemandu Proton Wira ini.

Gara-gara mahu bergurau dengan rakan penumpang, seorang lelaki bertindak menanggalkan stereng keretanya ketika sedang memandu. Malangnya, stereng itu gagal dipasangkan semula hingga menyebabkan kereta dipandunya itu hilang kawalan dan terbabas.

Aksi itu kebetulan dirakam rakan di sebelah yang kemudian memuat naik dalam akaun Tiktok Nasrilnasuri77. Berdasarkan satu lagi video dimuat naik, Wira tersebut terbabas ke dalam longkang di tepi lebuh raya dengan beberapa penumpang duduk di kawasan rumput di tepi kereta tersebut.

@nasrilrasuli77 Reply to @lulzsec29 ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar

Video itu menarik perhatian ramai netizen yang menganggap apa dilakukan itu sebagai sengaja 'cari penyakit'. Bagaimanapun, mujurlah tiada sesiapa mengalami kecederaan, dan masing-masing juga dilihat  masih mampu bergelak ketawa.

BACA>>> Ubah Suai Stereng Asal Jadi Macam Kereta F1, Pemilik Myvi Ini Sengaja Cari Nahas!
BACA>>> Lelaki Bengang Kondom Melekat Atas Cermin Kereta, Dibuang dari Atas Flat PPR

SUMBER: Nasrilnasuri77

Related

995
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Gurau dengan kawan dalam kereta, kereta terbabas, Proton Wira, Stereng, stereng tercabut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev